Kupasan ilmu mengenal diri

Walaupun manusia mencipta berjuta-juta benda di dalam ilmunya namun, kewujudan jutaan benda di dalam ilmu itu tidak mengubah dan mengganggu kedudukan manusia itu sendiri. Tidak mungkin benda di dalam ilmu berlaga dengan manusia yang mempunyai ilmu itu. Kewujudan manusia dengan kewujudan di dalam ilmu merupakan kewujudan yang berbeza yang tidak mungkin bergandingan, bersaing atau bersekutu.

Sekiranya manusia mengeluarkan kewujudan di dalam ilmunya kepada kenyataan di luar maka benda-benda yang diciptakan oleh manusia akan berada di dalam ruang yang sama dengan manusia.

Tuhan menciptakan makhluk tidak dalam keadaan yang demikian. Apa juga yang Tuhan berkehendak menciptakan sudah ada dalam Ilmu-Nya. Penciptaan makhluk dipagari oleh Ilmu Tuhan. Setelah Tuhan menciptakan makhluk menurut suasana Ilmu-Nya, makhluk akan mengambil ruang yang tidak bergandingan, bersaing atau bersekutu dengan Tuhan, tidak seperti keadaan manusia mencipta benda-benda. Kewujudan dan kehadiran makhluk tidak mengganggu keesaan Tuhan.

Hanya Tuhan yang berkuasa berbuat yang demikian. Itulah keunikan dan kemutlakan Kuasa Tuhan. Bila diceritakan tentang hubungan Tuhan dengan alam yang boleh dikatakan adalah Tuhan tidak ada di dalam alam, tidak ada diluar alam, tidak bersatu dengan alam dan tidak berpisah dengan alam. Begitulah konsep ketuhanan yang menggabungkan penafian dan pengisbatan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN