Perubahan

Salah satu daripada fakta yang penting dalam hidup adalah bahawa hampir semua orang ingin mencapai satu tahap kejayaan yang tinggi, kebahagiaan dan kepuasan diri. Peralatan yang diperlukan untuk melengkapkan keinginan yang disebutkan ada di dalam diri setiap individu. Namun terdapat racun yang boleh membunuh penghasilan benih yang mulai tumbuh.

Setiap individu mempunyai dua personaliti, iaitu, positif dan negatif. Personaliti yang menguasai kita adalah yang kita selalu jaga dan mempraktiskannya. Seandainya kita menjagai dengan pembawaan positif, kita akan menjadi positif. Namun sebaliknya dimana pembinaan tabiat negatif yang boleh menimbulkan kanser yang membawa padah melalui emosi.

Emosi kanser yang membawa padah ini adalah seperti merungut, menyalahkan, kritikan untuk menjatuhkan, kebencian, pentingkan diri sendiri,keangkuhan, perasaan iri hati, sikap negatif, kecuaian, mencari kesalahan orang lain, dan menimbulkan kekacauan.
...
Kita tidak akan dapat mencari kehebatan diri, mengekalkan kebahagiaan hidup, mencapai ketenangan jiwa atau kejayaan sekiranya kita mempunyai tanda - tanda kanser padah yang disebutkan. Walau bagaimanapun, kanser padah ini boleh dirawat jika kita bersedia untuk dirawat, iaitu dengan BERUBAH. Kita akan sembuh jika kita menemui cara bertoleransi dalam berurusan dengan orang lain, perkara dan situasi apabila kita dicabar dengan kegagalan, kekecewaan dan putus asa.

Kita akan sembuh sekiranya anda melihat kehidupan dan orang lain dari sudut positif dengan sikap yang positif.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN