Kenangilah sejarah

Pemerintahan Jepun terkenal dengan kekerasan dan kekejamannya. Ramai penduduk yang ditangkap oleh tentera Jepun kerana mereka disyaki membantu Alliance (Tentera Bersekutu). Sebahagian mereka diseksa dengan pelbagai bentuk penyeksaan. Ada yang diberi minum air sabun, dikasari, ditendang, dipukul dan diseksa sedemikian rupa.

Ketika negara dijajah, rakyat hidup dalam kesengsaraan dan penuh derita.kesengsaraan sangat dirasai apabila makanan utama yang hanya boleh didapati hanyalah ubi kayu sahaja. Kalau dapat segenggam beras, ia dah kira bersyukur. Kayu ubi kayu, bukan sahaja isinya yang dimakan, malah kulit juga menjadi hidangannya.Bekalan ubat juga tidak diperoleh. Jika ada orang sakit, ia hanya dibiarkan begitu sahaja sehingga mati. Setiap hari, ada sahaja pertumpahan darah dan rakyat dibunuh tanpa belas kasihan.

Penderitaan rakyat tidak hanya berakhir setelah Jepun menyerah kalah pada 1945, malah kehadiran semula British mengundang Bintang Tiga atau komunis untuk melunaskan dendam terhadap Jepun sebelum ini.Tidak perlu untuk bertelagah membuktikan kebenaran masing-masing kerana sejarah kemerdekaan sudah jelas menunjukkan hala tuju dan pilihan semua.

Semua ini boleh menjadi p0engajaran pada semua dan hendaklah mensyukuri nikmat kemerdekaan ini. Jika dibandingkan dahulu dan sekarang, amatlah jauh berbeza. Cuma masyarakat dahulu, suku tolong menolong, suka bergotong royong dan suka menbantu antara satu sama lain namun nilai-nilai tersebut semakin pupus dan ianya mesti dihidupkan semua.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN