Kutuk - Mengutuk

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang terutamanya sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Dari Huzaifah r.a berkata... bahwa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"fitnah akan mendatangi hati manusia dari arah depan dan belakang seperti anyaman tikar yang bercantum antara satu sama lain. Jadi,jika ada hati yang menerima mana-mana fitnah, maka satu titik hitam akan melekat dihatinya. Dan hati yang tidak menerimanya, satu titik putih akan melekat padanya sehinggalah akan wujud dua jenis hati; Pertama:hati yang putih seperti batu marmar yang tidak akan dimudaratkan oleh mana-mana fitnah sekalipun selama mana tegaknya langit dan bumi.(yakni batu marmar oleh kerana permukaanya licin,maka tidak ada benda yang yang mungkin melekat padanya. Begitu juga hati orang ini,kerana kekuatan iman yang ada padanya,tidak ada fitnah yang mampu memberi kesan padanya)kedua: Yang terlungkup tidak mungkin mampu menahan apa-apa yang ada didalamnya;begitu juga hati ini,tidak mungkin lagi tersisa didalamnya perasaan bencikan dosa dan tidak tertinggal lagi cahaya iman. Dan kerana itu dia tidak lagi menganggap yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.dan dia hanya bertindak mengikut nafsunya yang sudah mendiami hatinya.(H.R Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN