Mengapa perlu Ego ?

Mengapa kita perlu sombong, bongkak atau ego dengan apa yang ada pada kita ? Kebendaan, kepandaian, kecekapan, kecerdikan, kepantasan, darjat, posisi, semuanya hanyalah mainan hidup yang akan terhenti dan hilang di pertengahan jalan. Kita perlu sedar bahawa apabila kita ditimpa ujian, terjatuhnya hukuman, badan sudah mengeluh tua atau penyakit singgah sebentar atau sehingga ke akhir perjalanan, kita akan hilang satu persatu atau semuanya.

Kita perlu sedar bahawa tiada yang kekal dan abadi kerana apa yang ada termasuk kita hanya pinjaman sementara dan perjalanan ini mempunyai tugasan sendirian yang mesti diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana tiada kedua kalinya untuk melakukan yang terbaik. Oleh itu kita mesti melaksanakan setiap pekerjaan dan tanggungjawab kita yang terbaik setiap hari.

Kita perlu sedar bahawa setiap satu tindakan, perbuatan dan percakapan mempunyai pembalasan yang pasti mendatang.

Oleh itu mengapa perlu ego ?

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN