Mencari Ketenangan

Di dalam mengharungi perjalanan ini, pelbagai dugaan dan rintangan yang datang merebah dijiwa yang membuat kita tertekan. Bak kata orang yang bijak-pandai, “Hidup ini bagaikan berlian yang bersinar. Namun, warnanya terpulang kepada cara orang melihatnya”.

Oleh itu, di dalam lemas mengharungi rintangan jiwa kita tercari - cari pintu ketenangan agar dapat memberi suntikan buat bekalan menempuh kehidupan ini. Pebagai cara yang digunakan, diusahakan agar ketenangan berputik dihati dan dijiwa kita. Namun kekadang kita berjaya, kekadang kita gagal dan jatuh di persimpangan jalan, kekadang kita mengalah dan membiarkan diri dipukul arus kelemasan jauh dari perjalanan yang sebenarnya lagi menenangkan.

Selagi badan setia bergerak, bangunlah mencari ketenangan dengan meletakkan sesuatu kepada tempatnya maka kita akan mencapai pintu ketenangan di hadapan mata kita. Carilah ia dan berterusanlah mencari dengan kesabaran dijiwa. Pintunya ada dihadapan kita cuma kita tidak dapat membuka kerana 'mata' kita menafikannya.

Maka bukakanlah 'mata' ketika mencari ketenangan....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN