Kerenah Manusia

' Kita mesti menjadi perubahan untuk melihatnya' - Mahatma Gandhi

Sememangnya manusia mempunyai 1001 kerenah yang tiada terdaya kita melayannya. Dari perspektif sejarah sendiri telah banyak memperlihatkan pelbagai kerenah manusia yang patut dijadikan renungan dan tauladan bagi melayari perjalanan hidup ini agar tiada berulang kesilapan dan kesalahan.

Bertolak dari titik permulaan perubahan inilah kita sendiri perlu merubah diri kita ke arah yang benar agar menjadi ikutan, contoh dan tauladan buat yang lain serta menanam sedikit kepercayaan dari mereka - mereka samada keluarga, kawan - kawan, pekerja dan masyarakat.


Bermula dari sedikit kepercayaan inilah maka berkembang sinar menyuluh jiwa dan perasaan setiap individu yang terpaut dan terlibat agar bersama - sama merubah diri ke arah benar dan memperbetulkan perjalanan hidup seharian.Dari sini jua maka bertambahlah kepercayaan tersebut menjadi benteng yang kukuh buat mempertahankan yang benar dan menangkis yang batil.

Sememangnya perubahan yang sedikit ini payah dan sukar untuk dilakukan kerana memerlukan pengorbanan yang melibatkan kepentingan diri dan masa. Segala kita bernafas, mata kasar terbuka luas kita masih berpeluang melakukan apa saja. Namun setiap tindakan ada pembalasan yang menanti.

Renungilah...

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN