Coaching & Mentoring

Menguruskan orang kebanyakan menuju ke arah kejayaan bukanlah suatu tugasan yang mudah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang melibatkan kesabaran, pandangan jauh, penghargaan terhadap personaliti individu, keunikan orang kebanyakan dan pelbagai kebolehan.

Kejayaan mengurus merupakan satu seni yang memerlukan penglibatan besar yang lebih daripada teknikal tahu-bagaimana dan kelantangan bersuara kuat. Pengurus perlu memahami tentang kelakuan manusia secara mendalam sekiranya ingin mengekalkan pencapaian tinggi para pekerjanya secara tetap.

Untuk memaksimumkan pencapaian para pekerja, kunci para pekerja perlu dikenalpasti dan meletakkan pada tempatnya bagi membuka laluan mereka kearah kejayaan. Penemuan yang mengagumkan ini hanya akan dicapai dengan bekerja rapat bersama orang perseorangan berdasarkan asas individu.

Disini bermulanya coaching & mentoring sebagai peraturan pengurusan dengan kekukuhan akar umbi di dalam membentuk suasana bekerja yang lebih bersifat peribadi dan kepuasanhati untuk membuatkan para pekerja lebih produktif.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN