Pelik tapi Benar

Saban hari kita melakukan perkara yang sama dari awal pagi sehingga malam hari berlabuh. Setiap detik masa berlalu pergi membawa lipatan sejarah tersendiri. Sedarkah atau pura - pura tidak sedar akan kita bahawa kita semakin berkurangan masa. Namun kita berfikiran bahawa masih ada masa dan berterusan melakukan kesilapan demi kesilapan.

Perhatikan sekeliling kita bagaimana setiap insan yang bernyawa masih leka melepaskan masa berlalu pergi tanpa diisi dengan bekalan. Kekadang kita merasakan bahawa dunia ini kita yang punya. Berkelakuan dan bertindak sesuka hati baik semasa sendirian, bersama kawan - kawan, keluarga atau di tengah masyarakat.

Lihatlah di jalan raya bagaimana kita memilih untuk berterusan berkelakuan pentingkan diri sendiri. Kita seolah - olah memilih pintu yang setiap detik menjauhkan kita dari kebenaran. Kita seolah - olah berkelakuan seumpama orang yang tidak berilmu bertindak sesuka hati. Jangan kita lupa setiap tindakan dan perbuatan ada pembalasannya. Tiada yang terkecuali hanya menanti masa yang berkunjung tiba. Apabila terkena maka melompatlah kita seumpama kita yang benar lagi membenarkan. Menunding jari menyalahi insan dan takdir.

Kekadang lebih baik kita menjauhi diri, menyisih diri dari 'kealpaan' ini. Kembali kepada yang benar. Mencari kembali pintu yang terbuka untuk menyusur keluar ke perjalanan yang jauh kita kita tinggalkan.

Pelik tapi benar itulah yang sedang terjadi setiap masa berlalu. Fikirkanlah....

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN