Contoh untuk direnungi

Ketika menjalani latihan di BSI Product Services UK sebagai persiapan untuk jawatan yang disandang, penulis telah diperkenalkan kepada salah seorang pengasasnya yang berumur 76 tahun yang berbesar hati menerima penulis dan kami telah berbual mesra selama 2 jam. Diakhir perbualan, beliau telah menawarkan diri untuk menghantar penulis kembali ke jabatan latihan.

Ketika sampai disitu, rakan penulis yang bertanggungjawab ke atas latihan penulis sedang berbincang sesuatu dengan rakannya. Pengasas itu menanti dengan sabar selama 15 minit sehingga perbincangan tersebut selesai hanya untuk memaklumkan pelepasan penulis disitu yang tidak sampai pun 2 minit.

Rasa-rasanya bolehkah kita bertindak sedemikian? renungilah.........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN