Posts

Adakah kita benar?

Adakah kita benar? Benar di dalam percakapan, perbuatan dan perjalanan hidup. Benar kepada diri, keluarga dan sahabat handai. Sememangnya kita akan membenarkan apa yang kita merasa dan terasa benar walaupun kekadang kita sedar dan tersedar kita tidak benar untuk membenarkannya. Namun, untuk melepaskan kesalahan dan kesilapan kita bersanggupkan membenarkan perkara, percakapan, perbuatan yang tidak benar. Adakah kita fikir bebas dari semuanya? Ingatlah setiap perbuatan dan percakapan ada pembalasannya. Akibatnya nanti kita yang tanggung samada ianya ringan atau berat. Fikirkanlah............

Layakkah anda sebagai pemimpin?

Kepimpinan memainkan peranan yang kritikal di dalam penyatuan pekerja. Menjadi pemimpin yang berproduktif tinggi tidak semestinya melayakkan anda sebagai pemimpin yang hebat. Christopher Stewart, Naib Presiden Kumpulan Gallup menyatakan ' Kepimpinan yang menentukan warna...orang perseorangan menyertai sesebuah organisasi itu kerana reputasinya dan 70% pekerjanya meninggalkannya kerana pengurusan yang buruk'. Pemimpin tidak berada di setengah - tengah tempat atau situasi kerana posisinya. Anda hanya boleh memimpin sekiranya berkelayakan untuk memimpin dan mengamalkan resipi integrasi iaitu memiliki karakter moral yang kuat, jujur, menerima kegagalan, memulih dari kegagalan dan berpegang kepada janji. Tidak kurang pentingnya kematangan emosi yang melibatkan kesedaran & pengurusan diri, kesedaran & pengurusan lain. Tugasan yang paling penting yang mesti dilaksanakan oleh seseorang pemimpin adalah dengan membina benteng kepercayaan termasuk hormat, maruah, intergrasi, saksa...

Pintu mana yang satu?

Sepanjang perjalanan kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang kita lalui. Kekadang tersalah jalan yang kita tempuhi, maka kita cuba kembali ke persimpangan. Kembali mencari titik permulaan untuk mencuba perjalanan baru. Terfikirkah kita 'jalan' yang kita masuki atau termasuk ada mempunyai pintu - pintunya tersendiri yang tidak terlihat dek mata kasar namun jelas kelihatan dimata hati. Pintu - pintunya senang dibolosi namun kekadang payah merangkak keluar akibat tersesat, tersalah kiraan dimana 'pintu'nya. Beribu - ribu 'pintu-pintu'nya tiada berkunci namun tertutup rapat dan mudah ditolak untuk dimasuki setelah mata terpandang sesuatu indah, seronok, bahagia, ingin tahu terbentang dihadapan pandang. Kita berhak memilih perjalanan hidup kita sendiri. Kita berhak memilih pintu yang mana satu yang kita mahu. Kekadang kita tertanya - tanya bagaimana seseorang itu boleh menjalani atau melakukan atau berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau perka...

Apa Sudah Jadi?

Apa sudah jadi? Lihatlah sekeliling anda. Pandanglah dengan penglihatan anda. Renunglah dengan pemikiran anda. Apa sudah jadi? Kita berlumba-lumba mengejar dan terkejar menjauhi diri dari perjalanan sebenarnya. Kita melupa atau buat - buat terlupa hakikat kehidupan kita di sini. Semakin hari semakin jauh kita menjarakkan diri dari kebenaran. Kini, yang buruk dianggap molek, yang jahat dianggap baik, yang palsu dianggap tulen. Apa sudah jadi.......

Berbohong atau Terbohong

Kekadang anda berasa atau terasa untuk berbohong untuk pelbagai alasannya yang anda fikirkan bagi kesenangan atau kepentingan diri anda, keluarga dan sebagainya agar permasalahan yang bakal timbul atau tertimbul dapat diselesaikan atau dielakkan. Biar apapun alasannya untuk berbohong namun terfikirkah anda bahawa adakah anda yang berbohong atau anda yang terbohong ? Seandainya keikhlasan anda menjadikan anda terpaksa berbohong agar tiada permasalahan berganti permasalahan. Tapi, berbohong sebagai kesempatan untuk kepentingan diri anda semata - mata agar terlepas dari permasalahan atau akibat perbuatan anda sendiri maka sesungguhnya anda telah terbohong diri sendiri. Malang sungguh terbohong kerana akibatnya terang lagi nyata, tiada sempat untuk berpatah balik. Kepayahannya berat lagi menyeksakan. Oleh itu, fikirlah sebelum anda berbohong dan masih berkesempatan untuk kembali memperbetulkan kepincangan yang terhasil. Kita manusia, banyak kesilapannya. Fikirkanlah....................

Kesempatan

Setiap orang akan mengambil kesempatan yang datang, mendatang, terdatang kepadanya untuk dirinya, keluarganya dan apa saja sebagai jalan pintas untuk mencapai apa yang dihajati atau diingini. Kesempatan boleh menjadi kebaikan atau keburukan berdasarkan kepada orang yang mencapainya. Kekadang kita terlupa dengan percubaan memiliki kesempatan ini, kita menidakkan hak orang lain, peluang orang lain atau menyusahkan orang lain. Kita berbangga pencapaian kita. Namun kita terlupa atau sengaja buat - buat terlupa bahawa setiap perbuatan itu ada pembalasannya samada ianya baik atau buruk dan bila masanya tiada siapa yang mampu menjangkanya. Jadi, fikirlah sebelum perjalanan kita terhenti..........

Dimanakah permataku?

Dimanakah kau permataku? Tercari -cari dan mencari - cari aku namun tiada kutemui. Dimanakah kau 'bersembunyi', 'tersembunyi' sehingga payah terlihat, terpandang dek mataku. Pelbagai kulakukan agar terjumpa akan kau namun masih samar - samar. Sejauh aku berjalan, semakin dekat terasa menghampirimu namun buntut jua jawapannya. Tersalah jalankah aku, tersilap gerakkah aku ? Kembalilah kepangkalanlah akan apa yang dicari dan mencari akan dapat dijumpai, dikupasi.