Pintu mana yang satu?

Sepanjang perjalanan kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang kita lalui. Kekadang tersalah jalan yang kita tempuhi, maka kita cuba kembali ke persimpangan. Kembali mencari titik permulaan untuk mencuba perjalanan baru. Terfikirkah kita 'jalan' yang kita masuki atau termasuk ada mempunyai pintu - pintunya tersendiri yang tidak terlihat dek mata kasar namun jelas kelihatan dimata hati.

Pintu - pintunya senang dibolosi namun kekadang payah merangkak keluar akibat tersesat, tersalah kiraan dimana 'pintu'nya. Beribu - ribu 'pintu-pintu'nya tiada berkunci namun tertutup rapat dan mudah ditolak untuk dimasuki setelah mata terpandang sesuatu indah, seronok, bahagia, ingin tahu terbentang dihadapan pandang.

Kita berhak memilih perjalanan hidup kita sendiri. Kita berhak memilih pintu yang mana satu yang kita mahu. Kekadang kita tertanya - tanya bagaimana seseorang itu boleh menjalani atau melakukan atau berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau perkara sedangkan kita masih tercari - cari hala tuju kita. Jawapan mudah kerana seseorang telah menjumpai 'pintu'nya sendiri untuk menjalani dan meneruskan perjalanannya.

Maka, berjalanlah dengan ketenangan bersertakan pandangan mata hati. Kelak akan terjumpa 'pintu'nya di antara beribu - beribu pintu dihadap anda.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN