Berbohong atau Terbohong

Kekadang anda berasa atau terasa untuk berbohong untuk pelbagai alasannya yang anda fikirkan bagi kesenangan atau kepentingan diri anda, keluarga dan sebagainya agar permasalahan yang bakal timbul atau tertimbul dapat diselesaikan atau dielakkan.

Biar apapun alasannya untuk berbohong namun terfikirkah anda bahawa adakah anda yang berbohong atau anda yang terbohong ? Seandainya keikhlasan anda menjadikan anda terpaksa berbohong agar tiada permasalahan berganti permasalahan. Tapi, berbohong sebagai kesempatan untuk kepentingan diri anda semata - mata agar terlepas dari permasalahan atau akibat perbuatan anda sendiri maka sesungguhnya anda telah terbohong diri sendiri. Malang sungguh terbohong kerana akibatnya terang lagi nyata, tiada sempat untuk berpatah balik. Kepayahannya berat lagi menyeksakan. Oleh itu, fikirlah sebelum anda berbohong dan masih berkesempatan untuk kembali memperbetulkan kepincangan yang terhasil. Kita manusia, banyak kesilapannya.

Fikirkanlah....................

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN