Sewaktu berusia 7 tahun, aku suka ikut bapa ke Lumut untuk urusan pemalimannya. Selalunya kami perlu bertolak seawal 5.30 pagi dan mengambil feri pada pukul 6.00 pagi dan tidak banyak kenderaan ketika itu. 


Masih segar diminda kami disambut dengan krew SPPP berbaju biru bersarung tangan menutupi pintu dan melepaskan tali tambatan .


Feri kekuningan bergerak perlahan membelah laut di dalam keheningan pagi bercahaya malap dek sinaran lampuan pelabuhan. Kedengaran deruan dan percikan ombak memukul manja dibadan feri.


Bapa mencuri masa lelapkan mata seketika. Aku menongkatkan muka sambil melamun jauh ditelan kegelapan. Sesekali feri melepasi kapal dagang berlabuh ditepian laluan. 


Terasa cepat masa berlari ketika pintu dibuka lagi. Krew menoleh tersenyum seolah berkata sudah sampai untuk bergerak.


Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN