Ibuku Jutawan

Bab 1

'Bangun!!!!!' suara tinggi Mira memecahkan rangkaian mimpi Aizul.  Terkebil - kebil matanya melihat  kelibat Mira kesana - sini sambil mulutnya bersumpah serana. ' Apalah punya jantan......tak berguna satu sen pun....menyusahkan hidup aku betui!!!!'

Aizul terduduk senyap. Inilah rutin kehidupannya bersama Mira sejak kematian Atuknya lima tahun yang lalu. Mira merupakan anak angkat arwah atuknya yang berniat untuk menyatukan mereka semasa ketiadaannya nanti walaupun Mira enam tahun lebih tua dari usianya. Itulah fahaman orang - orang tua dizaman lalu.

' Apalah punya  nasib sial kena bela sianak tak guna nie.....' tersembur sumpah berbisa Mira sambil berlalu pergi. Air bertakung dikelopak matanya. Walaupun bagaikan sudah lali dengan pelbagai cacian namun sekali sekala terusik juga jiwanya.

Ibunya telah berhijrah ke luar negara untuk sekian lama tanpa sebarang berita sejak kematian bapanya. Atuklah yang memikul tanggungawab membesarkannya dengan serba kekurangan. Namun,  kesungguhan Atuk membuatkan Mira cemerlang didalam pembelajarannya dan kini bertugas sebagai seorang Pensyarah Kanan disebuah Universiti dimana Aizul masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar.

Setelah bersiap untuk ke kelas,  Aizul pun bergegas menuju ke ruangan tamu dimana Mira juga sudah bersedia untuk keluar bekerja. 'Umairah....' itu panggilan manja Aizul pada Mira sejak dari kecil walaupun dibalas dengan sindiran dan makian sambil tangan kanannya  memperbetulkan rambutnya. 'Ehhhh! jangan engkau panggil aku cam tu...geli aku dengar!!' jerkah Mira umpama singa betina menerkam mangsanya. Aizul tersentap namun dia bersuara perlahan 'saya perlukan sedikit wang belanja hari nie.....'

'Dasar jantan tak guna...tak habis - habis minta duit....apa ingat aku nie bank ka.....hah???' tengking Mira kemarahan. Aizul tersentap lagi. Dia tunduk merenung kebawah. Jari jemarinya digenggam erat.  Jeritan Mira umpama menyentap jantungnya. Apakan daya Atuk pergi meninggalkan kemiskinan pada Aizul. Maka Miralah sahaja pilihannya untuk bergantung hidup. Aizul sudah beratus menebal muka menerima  pelbagai cacian Mira, rakan sekelas dan masyarakat sekelilingnya akibat kedaifannya namun kali ini ianya amat terasa menikam kalbu.

' Nak ambil ni....' jerkah Mira sambil melemparnya ke muka Aizul. ' Aku rasa engkau lebih baik pergi mampus dari duk menyusahkan orang lain!!!'  kata Mira sambil berjalan keluar. Aizul memandang kearah gumpulan wang yang dilempar tadi. Tengkingan Mira tadi yang amat berbeza dengan kejelitaan wajah ayunya membuat Aizul berjalan keluar dari rumah tanpa mengutip kembali wang tersebut.

Ketika menyusuri ke arah jalan besar, kelihatan BMW 5 series kepunyaan Mira berderum laju tanpa Mira melihat ke arah Aizul yang sedang berjalan kaki untuk ke perhentian bas apatah lagi untuk menumpangkannya walaupun mereka hendak  pergi ke arah dan Universiti yang sama.

Tetiba handphone  Aizul berbunyi. Aizul membelek skrin kerana terasa no panggilan agak pelik.' no scammer kut' bisik hati kecilnya. Aizul berbelah bagi untuk menjawabnya kerana sudah banyak terkena pelbagai panggilan nakal. Namun naluri ingin tahunya membuatkannya menjawab' Hello!....'
' Hello! sayang...nie mak nie.,..maafkan mak sayang kerana sudah terlalu lama tidak kembali pada Aizul...emak akan pulang tidak lama lagi...' kedengaran sayup jauh suara wanita yang mengakui ibu kandungnya.

' Ok sayang,...sementara tu....emak dah bank in 5 juta ke dalam akaun Aizul buat perbelanjaan....kalau Aizul perlukan lagi....call emak ok sayang.....' kata ibunya mengakhiri perbualan tersebut. Aizul terkaku ditepi jalan. Fikirannya bagaikan sukar menerima panggilan tadi. Tetiba mesej handphonenya berbunyi dan Aizul membuka untuk membacanya dimana bertambah kejutannya apabila tertulis transaksi sebanyak RM5 juta telah berjaya dimasukkan kedalam akaunnya.

Bab 2

Aizul terkelu. Segalanya bagaikan satu mimpi indah yang tidak disangka. Terasa dilambung tinggi ke langit dan terlepas dari segala desakan hidup yang kerap menghumbankannya ke tanah  Handphone ditangannya digenggam seeratnya. Matanya jauh merenung. Aizul menghela panjang. Jantung berdegup kencang. 'Aku kena cari ATM dulu....' bisik hati kecilnya.

Aizul merubah haluannya ke sebuah bank yang berdekatan diseberang jalan raya. Pelbagai perkara mula menguasai fikirannya dikala Aizul mempercepatkan langkahnya untuk memastikan apa yang diterimanya sebentar tadi ada benar.

Sesampai di mesin ATM, dia terus memasukkan kad dan wajahnya tersenyum puas apabila tertera jelas di skrin mesin ATM jumlah keseluruhan di dalam akaunnya adalah ' RM 5,000,020.80'

Tanpa berfikir panjang, Aizul mengeluarkan RM5000.00 dan terus menaiki teksi untuk ke Universitinya. Sebelum ini dia perlu merancang perjalanannya samada menaiki bas atau berjalan kaki sahaja.

Ketika Aizul melangkah masuk ke kelas, kedengaran suara sumbang dan gelak ejekan terhadapnya. Selalunya Aizul akan tunduk dan terasa merendah diri. Kini, dia berjalan tersenyum sendirian umpama menyiram air didaun keladi.

 ' Hei! Zul, bila lu mau bayar gua punya duit!!'  Sergah Sam anak pada Datuk Hisyam pemilik kilang kayu perabut yang berbadan agak tegap berkulit sawo matang bermisai ala P Ramlee dan beramos zaman pop yeh-yeh menjadi pujaan ramai gadis - gadis di Universiti.

Namun, niat mereka terhalang dek dikawal ketat oleh Yati, teman pacaran Sam, seorang gadis kecil molek berpinggang ramping jam pasir ala Dolly Parton. Ditambah pula dengan fesyen ketat ala buah nangka yang mendebarkan jantung anak - anak muda yang memandangnya. Disebalik kecantikannya, Yati amat benci terhadap Aizul,' Heiiiiii...menyampah aku tengok si Zul tu.....he is not my taste...not my class.....okay!!!' kata Yati sambil mememekkan mukanya.

 Aizul terhenti. Menyelukkan sesuatu didalam sakunya. ' Mulalah buat drama sedih lah tu..kalau takda duit...buat cara takda duit...tak yah la kau pura - pura seluk poket...really an idiot guy...' kata Yati sambil disambut gelak besar oleh kawan - kawan yang lain.

'Bagi balik duit gua RM 400.00 tu....gua tak mau dengar lu punya citer dongeng anymore...dah lapuk....'  Sam bersuara sambil meletakkan kaki kanan diatas kerusi umpama gengster Wall streets. Sam tahu selalunya Aizul akan berdolak dalik dengan pelbagai alasan agar tidak membayar hutangnya. Aizul sedar dia hanya meminjam RM200.00 sahaja tetapi Sam memaksanya membayar RM 400.00 umpama along haram. Kini, Aizul tersenyum lagi. 'Nak duit engkau..' Aizul meletaknya diatas meja dan terus ketempatnya. Tersenyap mereka dengan reaksi Aizul.

Bab 4

Aizul termenung jauh di dalam perjalanan pulang. Ligat fikiran berputar. Pelbagai perkara perlu diselesaikan. Kalau dulu hanya memikirkan rutin seharian sahaja kini segala berubah. Aizul menghela nafas panjang. Aizul melempar pandangan keluar melihat suasana dijalanan.

Pada mulanya Aizul merancang nak pulang kerumah untuk mengemas segala barangannya untuk berpindah ke rumah baharunya. Tetiba matanya terpaku pada bilik pameran kereta BMW. 'aku kena ada kereta......' hati kecilnya berbisik. 'bang, tolong berhenti kat show room depan tu bang...' suara Aizul pada pemandu teksi. 'baik encik....' jawab si pemandu sambil membawa ke arah bangunan BMW disebelah kiri. Keadaan agak  sedikit sesak dengan pelbagai kenderaan yang mempunyai haluan masing - masing. Sekali sekala kedengaran bunyi jeritan hon.

Setelah membayar duit tambang teksi, Aizul melangkah longlai ke arah pintu masuk ke bilik pameran BMW. Kalau dahulu, Aizul hanya memasang angan - angan sahaja untuk memiliki kereta tersebut apatah lagi kereta - kereta model yang lain. Kini, kuasa membeli sudah  berada ditangannya dan sememangnya dia ingin memilikinya sendiri.

Apabila pintu dibuka, beberapa mata tertumpu padanya dan pelbagai persoalan timbul difikiran mereka. Siapakah gerangan anak muda berpakaian murah memasuki bilik pameran tersebut. Dari gayanya sememangnya bukanlah seorang yang layak untuk membeli kereta mewah tersebut. John, Pengurus Bahagian Penjualan, seorang lelaki diawal  usia 40 tahun berwajah tampan dengan penampilan kemas bertali leher merah dengan kemeja berjenama mahal hanya mengerling pada Aizul dari biliknya dan pelbagai tanggapan negatif mulai menguasai fikirannya.

Dia mengangkat gagang talipon dan bercakap sesuatu sebelum meletakkan kembali. Tetiba pintunya diketuk, ,' Yes come in..' Suri, seorang gadis India diawal 20an sederhana tinggi tapi mempunyai potongan badan yang bersesuaian dengannya berpakaian ringkas melangkah masuk. Suri baru sahaja memulakan pekerjaannya sebagai Perintis dibahagian Penjualan. 'Tuan, panggil saya..apa2 yang boleh saya bantu, tuan.' tanya Suri pada John apabila berdiri dihadapan meja John.'Ok..Suri you nampak tak that man....since you are new, ini peluang you nak belajar, pergi tanya dia apa nak tapi jangan bagi dia pegang atau sentuh kereta - kereta tu kerana kalau tercalar, kosnya ribu - ribu... confirm dia tak mampu....' pesan John sambil tersengih. 'Baik tuan' jawab Suri lalu keluar untuk mendapatkan Aizul.

Ketika Aizul sedang terhendap - hendap melihat hiasan dalaman kereta BMW 7 series model baru. Sekala sekali dia mendongak kearah beberapa orang staf yang masih memerhatikan gelagatnya namun tiada siapa pun menghampirinya. Aizul sedar akan situasi yang sedang terjadi dan dapat menjangkakannya. Dia tersenyum sendirian.

'Hello! tuan....nama saya Suri....boleh saya bantu tuan?' tanya Suri apabila dia menghampiri Aizul. 'Ini model 7 series edisi yang baru, tuan...harganya  pun sangat mahal tuan, mungkin tuan berminat model yang lain?' cerita Suri panjang lebar tanpa ditanya. Aizul tersenyum lagi. 'Boleh saya tengok hiasan dalaman kereta ini?' tanya Aizul bersopan. 'Maaf tuan, saya tak ada kunci tuan, pengurus sahaja yang pegang tuan' jawab Suri.

John terdongak - dongak melihat reaksi perintisnya dan Aizul namun dia tidak berpuas hati mungkin perintisnya tidak dapat menjalankan apa yang telah dipesankan tadi. John bergegas.

Apabila John sampai, dia melihat Suri terkelu sambil memegang kad debit Aizul. ' what' s going here Suri?' tanya John dengan nada berlagaknya. ' Errrr.....this gentleman want to buy this car Sir.....dia nak ambil secepat mungkin tuan' jawab Suri. Aizul tetap tenang. ' Ok....pergi garis kad tu..kita tengok cammana' arah John masih dalam nada lagaknya. ' Berlagak budak nie....bayar cash konon....nanti kad nie kena tendang....aku taruh kau cukup - cukup' berbisik hati John meluap.

Tetiba Suri kembali dan John sudah mengagak keadaannya serta bersedia untuk mengenakan Aizul secukup - cukupnya dihadapan semua stafnya. 'How is it Suri?' tanya John tidak sabar dengan matanya memandang  tepat pada Suri sambil mengusap - usapkan kedua belah tangannya. ' Kad ini clear tuan untuk transaksi sebanyak RM1.2 juta tuan' jawab Suri. John dan yang lain ternganga mendengarnya. Aizul tersenyum lagi

Bab 5

'bolehkah saya ambil kereta besok?" tanya Aizul setelah selesai segala dokumentasi yang berkaitan. ' Kami akan cuba sebaik mungkin Tuan Aizul' jawab Suri tersenyum lebar. Dia amat teruja kerana mendapat komisyen tinggi yang pertama sebagai Perintis. Staf yang lain terdiam dan menyesali diri hanya kerana silap mengadili seseorang dengan sekali pandang. Begitu jugak dengan John yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga sekiranya mendapat sebarang komisyen.

"'Is there anything yang kami boleh bantu you Sir? coffee, snack or anything Sir?" tanya John cuba merapati Aizul.  Aizul hanya tersenyum. Melihat pada reaksi Aizul, John  memberi isyarat pada Suri untuk terus melayani Aizul kerana beliau dianggap sebagai VIP disitu. "Kalau begitu, saya balik dulu" kata Aizul pada Suri. " Tuan Aizul nak transport ka untuk pulang....I can send you" Suri cuba melayani Aizul sebaik mungkin. " it is okay, saya naik teksi sahaja" jawab Aizul sambil melemparkan senyuman.

John tertanya - tanya sendirian siapakah anak muda ini yang bertaraf jutawan diawal usia tapi penampilannya bersahaja seakan budak U sambil matanya memandang kearah Suri
mengiringi Aizul  menaiki teksi untuk pulang.

Sesampai dirumah, Aizul terus mengemasi  semua barangannya didalam sebuah bag besar dan terus membawa keluar ke ruang tamu dimana Mira sedang sibuk melayani handphone. "Umairah....." panggilan lembut Aizul tidak dijawab oleh Mira malah beliau sengaja tidak mahu melayan Aizul kerana perasaan meluat  terhadapnya. " Saya nak pindah keluar nie..." kata Aizul pendek.  Mira mengalih pandangan  kearah Aizul"Terpulanglah pada kau....mana kau nak tidur...di tepi jalan???" herdik Mira. Aizul tersenyum. Keayuan Mira terserlah dari rupa parasnya dan cara dudukannya diatas sofa boleh memukau setiap lelaki yang memandangnya. " Saya dah  dapat kerja part time dan saya pun dah sewa  bilik dekat dengan tempat kerja..." jawab Aizul tenang dan menyembunyikan perihal rumahnya itu.

"Aku nak tengok berapa lama kau nak hidup diluar sana" herdik Mira sambil terus melayani  handphonenya. Aizul menghela nafas panjang melihat gelagat Mira. "Tolong beritahu saya sekiranya perlu apa - apa bantuan" pesan Aizul kerana sayangnya pada Mira masih menebal. " ha ha ha ha.....kau nak tolong aku??..diri sendiri pun tak tertolong...." ketawa besar Mira menyindir Aizul. Aizul tetap tenang. Dia memilih untuk mendiamkan diri dari perkara sebenarnya.

Aizul berpusing dan terus beredar dari rumah tersebut bersama bag yang sarat dengan barangannya menuju ke arah teksi yang sedang menuju diluar. Mira tidak berganjak dari dudukannya dan tiada sebarang emosi terbit dari wajahnya ketika Aizul melangkah keluar.

Aizul kepenatan dan kelaparan setelah sepanjang hari menyelesaikan pelbagai perkara. Dia mengambil keputusan untuk bermalam disebuah hotel mewah dihujung bandar yang sememangnya menjadi pilihan golongan elit. " Teringin juga aku melepak kat situ" tersenyum Aizul sendirian. "Hantar saya ke hotel besar kat hujung bandar" arah Aizul sambil memperbetulkan kedudukannya. Pemandu menggangguk dan terus bergerak ke lokasi yang diminta.

Aizul seringkali melalui kawasan hotel tersebut namun tiada angan - angan langsung bahawa dia akan bermalam disini. Teksinya berhenti betul - betul dihadapan pintu masuk lobi yang sungguh indah ukiran pintu kacanya. Penampilan sahaja menampakkan prestij dan nama sungguh terbilang. Tidak hairan sekiranya ia menjadi pilihan golongan elit.

Tetiba penyambut tetamu lengkap beruniform kemerah -merahan datang membuka pintu dan menyapa Aizul dengan senyuman. Aizul mengikutinya yang membawa bag besar Aizul memasuki ke dalam hotel menuju ke kaunter lobi. Aizul terpegun melihat suasana dekorasi hiasannya yang indah dan elegan bersertakan sinaran lampu yang bergemerlapan. Lantainya dipenuhi dengan mozart beranika warna dan dekorasi sehingga menabatkan hati yang melihatnya serta diselangi dengan irama muzik klasik nenambahkan lagi ketenangan dihati.

"Aik!!!....i could not believe my eyes....kenapa sidungu tu buat dihotel ini...siap bawa bag besar lagi??" tanya Yati kehairanan.

Bab 5

'bolehkah saya ambil kereta besok?" tanya Aizul setelah selesai segala dokumentasi yang berkaitan. ' Kami akan cuba sebaik mungkin Tuan Aizul' jawab Suri tersenyum lebar. Dia amat teruja kerana mendapat komisyen tinggi yang pertama sebagai Perintis. Staf yang lain terdiam dan menyesali diri hanya kerana silap mengadili seseorang dengan sekali pandang. Begitu jugak dengan John yang sedang merancang untuk bercuti bersama keluarga sekiranya mendapat sebarang komisyen.

"'Is there anything yang kami boleh bantu you Sir? coffee, snack or anything Sir?" tanya John cuba merapati Aizul.  Aizul hanya tersenyum. Melihat pada reaksi Aizul, John  memberi isyarat pada Suri untuk terus melayani Aizul kerana beliau dianggap sebagai VIP disitu. "Kalau begitu, saya balik dulu" kata Aizul pada Suri. " Tuan Aizul nak transport ka untuk pulang....I can send you" Suri cuba melayani Aizul sebaik mungkin. " it is okay, saya naik teksi sahaja" jawab Aizul sambil melemparkan senyuman.

John tertanya - tanya sendirian siapakah anak muda ini yang bertaraf jutawan diawal usia tapi penampilannya bersahaja seakan budak U sambil matanya memandang kearah Suri
mengiringi Aizul  menaiki teksi untuk pulang.

Sesampai dirumah, Aizul terus mengemasi  semua barangannya didalam sebuah bag besar dan terus membawa keluar ke ruang tamu dimana Mira sedang sibuk melayani handphone. "Umairah....." panggilan lembut Aizul tidak dijawab oleh Mira malah beliau sengaja tidak mahu melayan Aizul kerana perasaan meluat  terhadapnya. " Saya nak pindah keluar nie..." kata Aizul pendek.  Mira mengalih pandangan  kearah Aizul"Terpulanglah pada kau....mana kau nak tidur...di tepi jalan???" herdik Mira. Aizul tersenyum. Keayuan Mira terserlah dari rupa parasnya dan cara dudukannya diatas sofa boleh memukau setiap lelaki yang memandangnya. " Saya dah  dapat kerja part time dan saya pun dah sewa  bilik dekat dengan tempat kerja..." jawab Aizul tenang dan menyembunyikan perihal rumahnya itu.

"Aku nak tengok berapa lama kau nak hidup diluar sana" herdik Mira sambil terus melayani  handphonenya. Aizul menghela nafas panjang melihat gelagat Mira. "Tolong beritahu saya sekiranya perlu apa - apa bantuan" pesan Aizul kerana sayangnya pada Mira masih menebal. " ha ha ha ha.....kau nak tolong aku??..diri sendiri pun tak tertolong...." ketawa besar Mira menyindir Aizul. Aizul tetap tenang. Dia memilih untuk mendiamkan diri dari perkara sebenarnya.

Aizul berpusing dan terus beredar dari rumah tersebut bersama bag yang sarat dengan barangannya menuju ke arah teksi yang sedang menuju diluar. Mira tidak berganjak dari dudukannya dan tiada sebarang emosi terbit dari wajahnya ketika Aizul melangkah keluar.

Aizul kepenatan dan kelaparan setelah sepanjang hari menyelesaikan pelbagai perkara. Dia mengambil keputusan untuk bermalam disebuah hotel mewah dihujung bandar yang sememangnya menjadi pilihan golongan elit. " Teringin juga aku melepak kat situ" tersenyum Aizul sendirian. "Hantar saya ke hotel besar kat hujung bandar" arah Aizul sambil memperbetulkan kedudukannya. Pemandu menggangguk dan terus bergerak ke lokasi yang diminta.

Aizul seringkali melalui kawasan hotel tersebut namun tiada angan - angan langsung bahawa dia akan bermalam disini. Teksinya berhenti betul - betul dihadapan pintu masuk lobi yang sungguh indah ukiran pintu kacanya. Penampilan sahaja menampakkan prestij dan nama sungguh terbilang. Tidak hairan sekiranya ia menjadi pilihan golongan elit.

Tetiba penyambut tetamu lengkap beruniform kemerah -merahan datang membuka pintu dan menyapa Aizul dengan senyuman. Aizul mengikutinya yang membawa bag besar Aizul memasuki ke dalam hotel menuju ke kaunter lobi. Aizul terpegun melihat suasana dekorasi hiasannya yang indah dan elegan bersertakan sinaran lampu yang bergemerlapan. Lantainya dipenuhi dengan mozart beranika warna dan dekorasi sehingga menabatkan hati yang melihatnya serta diselangi dengan irama muzik klasik nenambahkan lagi ketenangan dihati.

"Aik!!!....i could not believe my eyes....kenapa sidungu tu buat dihotel ini...siap bawa bag besar lagi??" tanya Yati kehairanan.

Bab 6

" What!!!!"  terloncat Sam dari sofa mewah ditepian dinding kaca hotel. Mereka terpaku melihat pergerakan Aizul menuju ke kaunter lobi. "Weird...i nak found out.." kata Yati bingkas bangun menunjuk ke kaunter lobi. Sememangnya perasaan benci terhadap Aizul membuatkan Yati semakin tidak berpuas hati terhadapnya. " Mesti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Si Zul nie samada dia mencuri atau berlàgak kaya",  kata hatinya sendirian.

Loceng dikaunter lobi dibunyikan oleh Mary, penerima tetamu yang tinggi lampai berbadan biola bagai  seorang model dengan senyuman dan lirikan mata yang menawan setelah pendaftaran masuk Aizul diselesaikan. " Yes Mary" Rashid, 'bell boy' diawal usia 30an berbadan gempal hitam manis berkumit ala Hitler menjawab panggilan loceng. "Rashid, please accompany Mr Aizul to his room", arah Mary dengan senyuman sambil mengalih pandangan kearah Aizul" Hope you enjoy your stay Sir" kata Mary pada Aizul.  Aizul menggangguk dan membalas senyumannya.

" Ya puan....boleh saya bantu puan?" Mary menyapa Yati dengan senyuman. "Ya...tadi i tanya bilik kat you kata dah penuh...why that man the loser,  ada pula bilik and  you bagi kat dia!!" tanya Yati dengan nada menaik. "Ya, puan semua bilik standard dah penuh cuma 2 bilik president suite saja yang ada" jawab Mary tenang."Takan that loser can afford to pay the room....call your manager!!" kata Yati dengan nada marah sambil meletak tangannya diatas meja kaunter.

Mary tetap tersenyum. " Betul puan...bilik standard semua dah penuh.." ulang Mary" that man dia dah book bilik suite sebab tu bilik tinggal 2 sahaja" jawab Mary tenang. "Puan nak bilik suite tu ka?" tanya Mary senyum. "How much is the room?" mencelah Sam. "Harganya RM988.00 nett tuan....eerrr....tuan nak satu kah?" tanya Mary lagi sambil jarinya ligat menekan papan kekunci. Matanya memandang ke arah Sam. Yati terdiam."Macammana Si Zul boleh mampu bayar bilik ini?" tanyanya pada Sam. Sam tidak menjawab sebaliknya fikiran hanyut memikirkan harga tersebut umpama duit elaunnya untuk setengah bulan. " It is okay..." balas Sam sambil menarik tangan Yati beredar. " Kenapa you nie?" tanya Yati." Jangan banyak cakap, let' s go..." jawab Sam tegas.

Aizul melabuhkan diri diatas katil besar sambil memikirkan pelan seterusnya yang perlu dilakukan besok. "Besok no class....boleh pergi shopping furniture untuk rumah aku...mmmm" bisik Aizul sambil memicit - memicit kepalanya.  "Ahhhh....laparlah...baik turun makan dulu..." bisiknya lagi.

Yati terpandang kelibat Aizul memasuki sebuah restoran mahal yang terkenal dikalangan golongan berada. Makanannya sememangnya sedap dan berkualiti dan tidak hairanlah sekiranya harganya tinggi untuk sekadar menjamu selera. Yati sedar akan hal itu kerana Sam pernah membawanya merasai makanan yang biasa disitu walapun belum merasai makanan hebat restoran tersebut yang mana itu pun harganya mencecah ratusan ringgit.

"I have an idea Sam..." kata Yati sambil menarik kuat tangan Sam. "I tahu apa yang you sedang fikirkan" kata Sam sambil ketawa kecil.

Bab 7

Aizul mengambil kedudukan dimeja berjauhan dari orang lain. Suasana direstoran sungguh indah dan damai dihati. Penyatuan sinaran cahaya lampu, warna dan suasana sekeliling menyebabkan keselesaan para pelanggannya. Ditambah pula dengan selingan muzik yang mendayu - dayu menambahkan lagi suasana tenang dan romantik.

Aizul merenung keluar melihat si matahari melabuhkan diri disebalik bukit menyebabkan pecahan sinarannya mencantikkan dada langit dengan kumpulan awan bergerak tersipu - sipu malu." Besok aku kena ambil kereta aku dan aku kena bawa sendiri....sudah lama aku tak pegang stereng nie....mmm" bersuara hati Aizul. Fikiran jauh melayang mengingati kesungguhan Atuk mendidiknya sehingga memastikan dia mempunyai lesen kereta." Lesen tu penting Aizul....biar kita berlesen dari tiada langsung....ada kereta atau tidak...itu soal kedua...." pesanan Atuk berligar difikirannya.

Aizul tersentap dari lamuan apabila pelayan meletakkan hidangannya, "Silakan nikmatinya tuan" kata Murthy anak muda berbadan besar dan berkumit lebat umpama pelakon  filem Tamil dengan senyuman dan bersopan. Aizul tersenyum dan terus menikmatinya kerana perutnya sudah lama berkeroncong.

"Hai....Zul...lu makan tak jemput gua." Sam menyapa dan belakangnya sambil berjalan kesisi dan menarik kerusi bersebelahannya."Belanja kami Zul.." celah Yati sambil duduk bersebelahan Sam dan menjerling padanya. Sam tersengih. Aizul tersenyum dan dia sudah menjangka permainan mereka. " Ini menunya puan....puan nak order sekarang ka atau nak saya datang kemudian?" tanya Abu dengan senyuman. " kami nak order sekarang". Yati mengambil kesempatan memilih hidangan yang terhebat di restoran itu. " Puan, maafkan saya....adakah puan nak order hidangan - hidangan ini kerana semua ini adalah yang termahal disini?" tanya Abu untuk kepastian kerana melihat pada mereka seakan anak - anak muda lepasan U yang mungkin tidak kemampuan membayar bil nanti sehingga mendatangkan kerumitan pada restorannya. Abu sebagai  salah seorang senior bekerja disitu telah banyak mengalami situasi yang sama.

"Why??....u nak bayar ka?" tanya Sam angkuh. " Maafkan saya tuan...baiklah...ada apa - apa lagikah yang tuan nak order?" jawab Abu bersopan untuk tidak mengeruhkan suasana. "Itu saja..." jawab Yati ringkas sambil mengemaskan kedudukannya dengan bersilang kaki. Dia mengeluarkan handphonenya sambil memandang ke arah Aizul " Zul.....i nak call member i join the group...you tak kisahkan?" kata Yati terus menghubungi kawan - kawannya, Sheila dan Nita. " Hei guys..cepat datang ke restoran nie...Aizul nak belanja makan besar nie!!" kata Yati sambil matanya menjerling pada Sam. Sam tersengih lagi. Aizul tetap tenang menikmati hidangannya.

Yati dan Sam terus melahap sepuas hati hidangan yang disediakan tanpa bersuara. Tetiba terdengar suara Sheila dan Nita bersama pasangan masing - masing memanggil nama Yati dan terus ke meja Aizul apabila Yati melambaikan kearah mereka. " Order apa yang you all nak makan..." kata Yati sambil mengenyitkan mata pada Sheila dan Nita. Mereka ketawa kecil dan terus membuat pesanan tanpa memperdulikan Aizul disitu.

Ketika mereka sedang rancang berborak, Aizul pun bangun untuk kembali ke biliknya." Hei...where are you going?" tanya Yati melihat reaksi spontan Aizul. " Saya sudah selesai...saya nak balik" jawab Aizul tenang. "You nak pergi mana...it is up to you...selesaikan bil nie!" arah yati sambil merenung tajam pada Aizul. "Saya dah bayar makanan saya" jawab AIzul ringkas."Hei Zul...you jangan buat hal ya...lu janji nak belanja semua orangkan?" mencelah Sam dengan nada tinggi sambil mengetam bibir. Sheila dan Nita serta pasangannya mereka tersentak. Muka mereka pucat. Mereka sedar mereka tidak mampu untuk menikmati hidangan disitu semata - mata menerima perlawaan Yati untuk mengambil kesempatan keatas Aizul.

Abu segera ke meja Aizul apabila menyedari kekecohan  berlaku dikalangan mereka. " Maaf ya... anything i can help?" tanya Abu sesampai disitu. Pelanggan lain sudah mengalih pandangan ke arah meja Aizul kerana nada Sam menganggu ketenteraman mereka."Bila saya janji nak belanja you all?" tanya Aizul tenang. Kalau dahulu, Aizul akan tunduk dan mendiamkan diri serta menerima segala cacian bertubi - tubi tapi kini keyakinannya tinggi untuk berdiri mempertahankan dirinya. " Lagipun saya tak kenal kawan - kawan awak semua, siapa mereka?.....why saya kena belanja mereka?" tanya Aizul lagi tegas. "Sial kau Zul.....jantan munafik...." jerit Yati. Sheila dan Nita terasa hendak muntah. Sheila bersuara, " Yati....kami tak ada duit...cammana nie?" Abu mengeleng kepala kerana sudah menjangka situasi ini akan berlaku. Sam tersandar. Muka Yati merah menyala tapi terkelu. Terperangkap dengan mainannya sendiri. Kebenciannya pada Aizul makin meruap Aizul bergerak meninggalkan mereka.

"Maafkan saya....bil nie cammana tuan....puan..jumlahnya semua  RM 2,300.00?" tanya Abu untuk kepastian. Dia tidak mahu sebarang kerumitan timbul pada pihaknya. Yati terketar - ketar mengeluarkan kad kreditnya. Fikirannya melayang memikirkan tentang ayahnya seorang  CEO disebuah syarikat pembinaan yang terkenal terhadapnya nanti kerana berbelanja ribuan ringgit dalam sekelip mata. Abu tersenyum dan terus menyambut kad tersebut serta ke kaunter untuk pembayaran. Kesemua mereka tersenyap seribu bahasa.

"Selingan Kata'

Lanjutan dari penulisan untuk novel ' Ibuku Jutawan' adalah idea dan rekaan penulis semata -mata dan tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Setiap karakter yang dihasilkan adalah ciptaan penulis semata - mata berdasarkan pengalaman dan kepekaan sekeliling untuk memenuhi kehendak jalan cerita dan membawa imaginasi pembaca bersama untuk turut menghayatinya seolah - olah berada di  alam ciptaan penulis secara bersantai dan tenang. Begitu juga dengan ayat yang disusun secara bersahaja tanpa perlu memeningkan kepala pembaca.

Terima kasih sekalung kasih buat kekawan yang memberi komen dan sokongan di dalam melanjutkan oenulisan ini.

Maaf dipinta andaikata terusik jiwa dek kata - kata yang tiada yang bermaksud melukai sesiapa sekadar menulis buat bacaan sahaja.

Terima kasih....😁

Bab 8

Aizul berjalan longlai menuju ke bilik. karpet sepanjang koridor terbentang indah dengan pelbagai corak disinari sederet lampu malap didinding. Kejadian tadi tidak sedikit pun mencalari perasaan Aizul. Sudah terlalu lama dia dibuli sedemikian. Penerima jutaan ringgit telah mengubah rutin kehidupannya dalam sekilap mata.

Aizul mengimbasi kad dan pintu bilik dibuka serta memasukkan kad kedalam slotnya. Keindahan bilik dengan keluasan dan perhiasannya menenangkan hati Aizul. Dia mencapai sebiji epal merah diatas meja dan terus mengigitnya. Alat kawalan TV dicapai dan jari ligat menekan butangnya mencari apa - apa sahaja rancangan yang menarik minatnya. Aizul merebah malas diatas koc mewah sambil membuka kasut dengan menolak menggunakan hujung kakinya. Aizul meletakkan alat kawalan TV, dia melemparkan pandangan keluar. Kerlipan lampu - lampu dari jalanan, bangunan dan pelbagai mencantikkan pemandangan dimalam hari.

Aizul bangun untuk membersihkan diri dan dia perlu keluar awal untuk menyelesaikan beberapa perkara. Tetiba kedengaran bunyi mesej handphonenya. Aizul membelek nombor pengirimnya dan dia kenal nombornya iaitu ibunya. " Aizul sayang, i hope you are having  a good time. Emak bank in  3 juta ringgit lagi dalam  akaun Aizul just in case. Don ' t  worry okay."  Pesan ibu ringkas. Aizul tersenyum. Baki dalam akaunnya masih banyak lagi.  Bunyi mesej kedua memaklumkan bahawa 3 juta ringgit telah dimasukkan kedalam akaunnya.

Aizul membaringkan diri dikatil sambil melayani fikirannya. Tetiba dia teringat pada Mira. Dia masih menyayanginya.  Dia tahu Mira sedang mengalami masalah besar kerana kewangan syarikat konsultasinya berada di dalam keadaan runcing. Aizul menyedari hakikat apabila terbaca penyata bank yang ditinggalkan diatas meja makan beberapa bulan lalu.

Mungkin ini adalah salah satu sebab Mira sentiasa bersikap dingin terhadapnya selama ini. "Mungkin.........." teka hati kecil Aizul untuk memujuk dirinya. Aizul mencapai handphone dan jari menari cepat menekan bebutangnya. Dia tersenyum puas. Tetiba bunyi mesej ketiga memaklumkan bahawa RM 50,000.00 telah dimasukkan kedalam akaun Mira. 

Jauh disudut rumah, Mira terbaring diatas sofa disinari cahaya TV.  Dia cuba melelapkan mata fikirannya masih ligat mencari jalan penyelesaian. Gaji bulanannya tidak cukup untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya. Malah ianya merumitkan lagi keadaan. Tugasan sebagai Pensyarah Kanan benar - benar membebankan dimana kerjanya makin bertambah dengan pelbagai projek baik dari pihak pengurusan ataupun para pelajar. Pemergian Aizul tiada langsung berdetik dimindanya. "Aduh......how to solve this???" keluh Mira dalam diam. Tetiba bunyi mesej handphonenya. Mira terasa malas hendak melihatnya. " Nie mesti another damn problem....." keluhnya lagi.

Mira mendudukkan diri sambil matanya terbuka luas. Dia kelihatan bertenaga kembali. "Yes....jalan keluarnya ialah aku jual rumah nie...." senyum Mira sendirian. Mira menyikat rambutnya yang sedikit terkusut dengan jarinya. " Yes...i will do it early in the morning..." bisik hatinya. Terasa sedikit kelegaan dikepala. Dia mencapai handphone dan membuka mesej yang dihantar.

 Terbeliak mata Mira apabila membaca mesej diskrin handphone tertera 50,000.00 ringgit telah dimasukkan kedalam akaunnya. Mira terkelu. " What kind of joke is this???" tanya hatinya. Perasaannya bercampur baur. Takut sekiranya ianya sindiket penipuan dan gembira kerana inilah penyelesaian untuknya. Mira membuat panggilan ke bank dan ianya adalah benar. Mira terlonjat gembira tapi persoalannya siapa yang sanggup memasukkan jumlah sebesar itu ke akaunnya. Pelbagai nama yang difikirnya tapi nama Aizul tiada langsung didalam senarai. Mira terlena tanpa teka - teki  itu dijawab.

Pada pagi hari, Aizul menaiki teksi menuju ke rumah untuk meletakkan bagnya dan melihat sekeliling untuk membeli perabut rumah dan keperluan yang lain sementara waktu dan terus menuju ke bilik pameran BMW untuk mengambil keretanya.

Setiba disana, Suri menyambutnya dengan sebaik layanan. Setelah memastikan segala telah terurus dengan baiknya, Aizul pun memandu  keluar kereta perlahan - lahan untuk mengembalikan rentak pemanduannya  umpama seseorang yang baru dapat lesen memandu. Setiap kereta yang lalu atau yang memotongnya akan memandang  dengan kehairan seorang anak muda sedang memandu sebuah kereta mewah berharga jutaan ringgit.

Setelah mendapat rentakan pemanduan dan keyakinan diri, Aizul terus memandu ke kedai perabut dimana dia dilayan umpama seorang  VIP sehingga dia membelanjakan 110,000.00 ringgit untuk pelbagai perabut dan keperluan rumah. Setelah dipersetujui tarikh penghantaran ke rumah, Aizul memandu pula ke arah  pasaraya membeli belah. Dikala melalui sebuah bangunan yang disebelah kanannya, Aizul terpandang sebuah restoran yang dikenali sebagai sebuah restoran yang paling digemari oleh golongan VIP termasuk ahli politik. Berdetik hati Aizul ingin merasainya. " Teringin juga aku  nak cuba..." bisik hati dan membelok menunjuk kearah bangunan tersebut.

Ketika menghampiri kawasan meletak kereta, Aizul agak sedkit kekok untuk meletakkan keretanya memandangkan kesemua kereta yang ada mewah - mewah belaka dan terasa lot agak kecil untuk kereta sehingga Aizul termasuk sedikit ke kawasan lot lain.

Bab 9

Aizul cuba mengubah posisi beberapa kali tapi masih juga termasuk sedikit ke dalam lot yang lain. "mmm....okay kut cammana nie?" pujuk Aizul pada dirinya. Setelah pintunya dikunci, Aizul pun menuju ke arah pintu masuk restoran. Tergamam Aizul melihat bangunan  tersergam indah bagaikan sebuah istana apabila mendatanginya secara dekat. Hiasan bangunan dan pepokok serta bebunga menghidupkan suasana keelitan dan kemewahan. Air pancutan berstailkan ukiran ala Greek sungguh mempersonakan dan mengasyikkan mata. Pelbagai ikan berwarna warni berenang memenuhi  air tadahan disekeliling air pancutan tersebut.

Aizul agak terkejut juga melihat deretan pelbagai jenis kereta mewah     yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.  Sekali sekala dia berhenti membelek sesebuah kereta yang menarik perhatiannya. Tanpa disedari gelagatnya diperhatikan Simon, Pengurus ' Car Jockey' yang berkot dan bertali leher,  dalam likaran umur 40an, yang berbadan besar dan agam seumpama Mike Tyson dengan muka bengis dan berkumit sabit.

Simon dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan menjaga keselamatan kereta - kereta  mewah yang berada dikawasan tersebut. Aizul ingin melangkah masuk melalui pintu utama tapi disergah
 oleh Simon melihatkan cara pada personalti Aizul seumpama budak mentah. "Hoi! budak..you nak pergi mana?" sergah Simon merenung tajam pada Aizul.

Aizul terhenti dan memandang pada Simon" Saya nak masuk.ke dalam tuan" jawab Aizul. "Kau ingat bapa kau punya ka restoran nie..main masuk - masuk saja, hah!!!" sergah Simon lagi secara kasar. Aizul tidak melata tapi tetap tenang. " Aku ingat kau belah la dulu.....nak masuk nie kena booking tau....!!!! jelas Simon sambil menghayun - hayun tangannya." sapa la boss hang...bodoh betui...hire budak hingus jadi drebar.......bawa kereta juta - juta....parking kereta pun tak tau....phuiiii!!!' herdik Simon.

Dikala itu Tan Sri Shahizan bersama isterinya Puan Sri Suraya menghampiri Simon. Sekilap mata Simon berupa wajah, " Apa khabar Tan Sri dan Puan Sri?" senyum besar Simon. " We are doing well, Simon" jawab Tan Sri Shahrizan sambil membetulkan bownya. " Datuk Joe dah sampai ka Simon?" Tanya Tan Sri Shahrizan Pengerusi syarikat telekomunikasi, bersaiz kecil tapi berjiwa besar, lebih terserlah dalam bidang politik dari bisnes.

Aizul terpaku membisu tetapi tenang. "Belum lagi Tan Sri......sekejap sampai la tu" jawab simon tersenyum, "eeerr..... jemputlah masuk  dulu...Tan Sri.....rasa - rasanya Datuk Mat dah reserve bilik VIP untuk Tan Sri dan yang lain - lain" jelas Simon lagi. "Tu orang kuat kita  dah sampai....Datuk. Richard...." senyum Tan Sri Shahrizan melambai pada Datuk Richard.

"Hai ! Tan Sri....how are you?" tanya Datuk Richard sambil berpeluk mereka ketawa besar. Tetiba mengalih pandangan pada Simon" Simon, siapa yang parking bmw cam tu...bodoh betul!!!" marah Datuk Richard. " tu budak hingus tu Datuk..entah kereta siapa dia pergi curi....bawa pun tak tau" , Simon mula menghina Aizul. Aizul cuba menjawab tapi disergah Tan Sri Shahrizan" Hei!! you boy......you tak layak cakap dengan kami!!!!!..."

"Anak siapa yang malang nie ya ....ada hati nak bawa bmw...mampu ke..???" herdik Puan Sri Suraya sambil memperbetulkan rambutnya. "Duit tayar sebiji pun tak mampu bayar!!!" tambah Datuk Richard. Ketawa mereka semua terbahak - bahak. Aizul mendiamkan  diri lagi dan tenang. " Datuk,  bila  VVIP  tu nak sampai dari luar negara?.....tak sabar nak jumpa dia nie...she is our  future big funder..harapan kita......very very big project, you know?"  jelas Tan Sri Shahrizan lagi. "Yes...........kaya gila -gila Tan Sri...." ketawa Datuk Richard. " Sepatutnya dia dah sampai...katanya dia ada urusan sangat - sangat penting untuk diselesaikan sebab tu dia kembali ke negara nie...tapi kita ambil peluang jemput dia ke sini dahulu....tangkap duit dia dulu..." ketawa besar lagi mereka semua.

"Simon, apa budak mentah nie tunggu lagi...halau dia pergi ubah kereta tu, my porsche nak masuk pun tak boleh..." arah Datuk Richard. " Lagi pun VVIP nak sampai da...no place for him...suruh dia keluar sekarang" tambah Tan Sri Shahrizan. Simon mula bertukar suara dan gaya garang hendak menghalau Aizul keluar tetiba terdengar suara wanita berteriak, " Jangan kau sentuh anak aku!!!!" kelihatan seorang wanita melayu berpakaian anggun, bersangkul rapi dan berwajah bujur serta berbibir bentuk sireh , cantik rupawan menerpa dari belakang Aizul bersama 2 orang kuatnya berserta Datuk Mat pemilik restoran tersebut. Datuk Mat terkelu lidah menahan malu terdengar ungkapan golongan VIP tadi. Aizul berpaling memandang ibunya buat kali pertama setelah sekian lama  ibunya menghilang.

Emak.........." seru Aizul sambil memeluk erat ibunya. Linangan air mata Aizul menitis menahan rindu teramat sangat terhadap ibunya dan juga penghinaan dari mereka tadi." Maafkan emak......maafkan emak sayang...kau banyak menderita kerana emak..." kata ibunya sambil mengucup dahi Aizul. 

Ternganga  luas Tan Sri Shahrizan dan yang lain melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Anak muda yang dipandang hina itu adalah anak lelaki  VVIP yang ditunggu - tunggu mereka selama ini. Pelbagai cara dilakukan untuk beliau melabur di dalam pelan projek mega mereka yang melibatkan banyak pihak.

Datuk Richard cuba bersuara tapi ibu Aizul menunjuk isyarat supaya diam dan berkata tegas " I dah dengar segalanya dengan jelas....you hina anak i ya..dah puas ka....apa  kau orang ingat kau hebat sangat ka sampai nak hina - hina orang nie....the deal is off...i tak berminat langsung dengan kau orang...".

"Mari sayang, kita pulang...biar pembantu emak bawa kereta Aizul ok?" Aizul  tersenyap. "Macammana emak tau??" tanya Aizul "mmmm......" gelak kecil ibunya.....Aizul tersenyum lagi....Ibuku Jutawan.....

                        - Tamat -





Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN