Y Bhg Datuk Sidik Shaik Osman yang aku kenal

Beberapa bulan lalu, pelbagai desas - desus terdengar dek telingaku akan persaraan beliau dan perlantikan pengerusi baru menggantikannya. Namun, aku memilih untuk berdiam diri tanpa sebarang komen. Pernah aku anjurkan soalan ini ketika kami bertemu di Feri Terminal Pangkalan Raja Tun Uda untuk menaiki feri ke Butterworth dimana beliau memilih untuk menafikannya kerana itulah sikap beliau yang tidak mahu mengulas atau berkata sesuatu yang belum pasti hitam putihnya.

Beliau pernah menyuarakan suara hatinya untuk bersara ketika aku  bertemu dibiliknya untuk sesuatu perbincangan suatu masa dulu.Sememangnya aku kerap berjumpa dengan beliau disitu ketika menjawat jawatan presiden SOA. Kekerapan bertinteraksi bersama beliau membuatkan aku mengenalinya mengikut naluri fahamanku dan aku benar - benar menghargai persahabatan yang dihulur beliau. Sesumgguhnya sepanjang pengetahuanku tidak pernah aku mengambil kesempatan untuk kepentinggan. Aku lebih menghormatinya sebagai Ketua Besarku dan setelah melepaskan jawatan presiden, aku cuba menjauhi diri kerana berpendapat tiada lagi peluang atau sebab untuk aku berterusan bertinteraksi bersamanya,

Namun, tekaanku meleset kerana beliau masih menghulur talian persahabatan padaku. Biar apapun komen atau pendapat orang lain terhadapnya namun aku tetap menghormatinya sebagai ketua besarku dan talian persahabatan ini. Kami masih tetap  berkomunikasi seperti biasa melalui mesej dan sebagainya walaupun jarang atau tiada langsung alasan untuk sebarang perjumpaan.

Akhirnya samapai pada pengetahuanku akan majlis perpisahan untuknya dan aku memilih untuk mendiamkan diri kerana menyedarkan diri bahawa aku hanya pekerja biasa sahaja. Aku hanya mengikuti perkembangan menerusi maklumat sekadar yang termampu.Kekadang terasa dihati kehilangan seseorang namun siapalah aku berbanding beliau yang nun jauh diatas sana. Mendiamkan diri adalah jalan yang sebaiknya.

Tanpa diduga pada 29hb Februari 2016, pukul 5.17 petang aku menerima pesanan beliau mengenai persaraannya dan ucapan selamat serta terima kasih padaku sepanjang beliau memegang jawatan Pengarah Urusan dan Pengerusi Penang Port.  Aku membalas  mesejnya dan ianya adalah komunikasi yang terakhir dengan beliau.

Apa yang mampu aku katakan sebagai pekerja bawahan ini adalah 'selamat jalan Datuk, saya amat menghargai peluang persahabatan ini,  terima kasih di atas kejayaan membawa Penang Port ketahap sekarang ini, Semoga Datuk diberikan kesihatan yang lebih di hari - hari muka........'

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN