Pelayaran melalui kawasan sejuk Kutub Utara

Pelayaran melalui kawasan sejuk Kutub Utara

Aku memperbetulkan kedudukan sambil menarik - narik kolar baju agak kepanasan terwap keluar. Cuaca agak terik dengan silauan mentari memanah tajam ke tanah sehingga terpecah pantulan cahayanya. Sekali sekala kedengaran kereta menderum berlalu. Kicauan beburung  sayup kedengaran mengalun irama ketenangan.

Wajahnya tenang sambil jari jemarinya pantas menyediakan rokok kertas gulung. Sekali sekala beliau  menggaru kepalanya yang dipenuhi rambut keputihan. Aku merenunginya. Terasa belas dihati melihat perubahan pada dirinya. Suatu masa dulu beliau tegap dan pantas namun kini sebaliknya walaupun suara masih mantap dan  pemikiran yang  masih tajam.

Rokok yang siap diserahkan padaku sambil beliau membaluti sebatang lagi untuk dirinya. Rokok yang diberikan kemas dipegang dek jejariku sabar menanti kesiapan rokoknya untuk menikmati keharuman tembakau kesukaanya.

Suasana begini mengeratkan lagi  perhubungan kami antara menantu dan mertua sehingga ada tertanya bagaimana ianya terlaksana umpama dua sahabat lama sedang berbicara.

'Mael bisa pi ka belah kutub utara atau lalu kut kawasan tu? Beliau menlantun persoalan setelah senyap seketika. 'Memang takdak chance la bapa...route kapai pun tak ada kut  situ...kut kompeni pun takdak route bisnes kut' aku ringkas menjawab sambil menyambut pemetik api untuk menyalakan rokokku.

Keharuman tembakauya mulai menenuhi ruangan tempat letak kereta rumahnya dengan kepulan asap bergerak perlahan. Kedengaran sayup gelak ketawa orang - orang perempuan sibuk bercerita diruangan dapur rumah

'Bapa jadi AB masa tu...masih muda.......' beliau mulai mengatur perceritaan. 'Kapai kami kena pi Norway pi hantaq barang. kira kena lalu la.kut situ'. Beliau terhenti sebentar sambil menghirup kopi kegemarannya. Rokok dijarinya disedut dalam dan dihembus keluar. " kira sejuk tak  boleh cakap la....habih kami suma bungkuih...kapai dulu - dulu kecik - kecik....tak sama dengan kapai - kapai lani...besaq....suma ada...lengkap'.

Dia menyambung sambil matanya tajam merenung mengimbas kembali suasana tersebut. ' Masa tu kapten omputih...krew campuq kira bapa saja melayu masa tu'. Aku membisu namun tertumpu pada ceritanya. ' Kira masa lalu tu.....suma putih.....ayaih laut pun duk tukaq jadi ais....seriau juga tengok...merata rata tengok ayaih ais tinggi  - tinggi....kira kapten nie cekap bawak kapai....dia tau apa yang dia buat....'

Beliau menyambung perceritaannya dimana apabila sampai disatu kawasan ternampak hamparan kawasan ketulan ais yang besar umpama padang bola sepak  Mujurlah cuaca pada masa itu  agak baik dimana pemandangan sekeliling menjadi terang akan susana yang sedang dihadapi.

Tetiba engin kapal dihentikan dan dengan segera Kapten mengarahkan beberapa krew dek termasuk dirinya turun keatas hamparan ais tersebut untuk membuka laluan kapal kerana ianya terhenti akibat halangan ais yang menebal.

Ketakutan mulai menyelubungi wajahnya dan degupan jantung semakin pantas semasa menuruni tangga malim / pilot ladder. Keyakinan mulai terhasil apabila melihat beberapa krew lain selamat berjalan - jalan diatas ais tersebut.

Salah satu memori bersama ketika salah  satu kisah pelayaran hidupnya diperceritakan padaku bukannya cerita - cerita dongeng seperti Pak Pandir atau Si Luncai tapi pengalaman pelayaran hebat yang tiada nilainya. Mungkin pada insan yang umpama katak bawah tempurung merasai ianya bagai cerita - cerita kosong ditangga rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN