Jam berdetik tepat pukul 1.25 pagi ketika aku melabuhkan diri diatas kerusi bot setelah menyelesaikan tugasan rutinku. Serang bot terus memecut laju membelah lautan sambil dihempas manja dek pukulan angin daratan menghala ke arah pelabuhan.

Sibulan tersipu malu berselindung dibalik awan kehitaman. Sinaran sang bintang - bintang di dada langit hilang entah kemana. 'Semacam saja cuaca malam nie..kapt....cam nak hujan lebat nampak...' Halim bersuara sambil tangan tangkas melayani stering bot. 'Tu la Halim....nampak - nampak cam tu la.halim...' aku membalas sambil mata liar memandang ke langit di dalam kegelapan.

Aku terasyik melayani kehendak fikiran sehingga jauh pengembaraan melepasi alam pemikiran dan hanya  tersedar diri bot sudah menghampiri jeti dimana aku bergegas ke arah motorsikal setelah melompat turun dari bot.

Suasana sunyi diselubungi hembusan angin sejuk membuatkan bulu roma tegak mencari kehangatan. Aku menyelusuri jalan besar setelah keluar dari kawasan jeti dan tetiba mataku terpandang  2 tubuh manusia beruniform lengkap berdiri dibawah sinaran malap lampu jalanan. ' polis....' hatiku melontar bisu. Sepantas kilat fikiran mengimbau kembali 30 tahun yang lalu aku berdepan sedemikian pada masa yang sama di persimpangan jalan menghala ke pekan Kuala.Sungai Baru dimana aku disoal bertubi - tubi sehingga  ternampak mata  seorang lelaki tua menghayun  - hayun lampu picit seumpama memanggil - manggil kearahnya.

' Anak sedang berbual - bual dengan siapa tu nak?' bersuara pakcik tua sejurus aku sampai padaya. ' polis lah pakcik....' aku menjawab selamba.. ' mana ada polis pagi - pagi buta nie nak...' bersuara perlahan pakcik tua sambil jari menuding kearah jalan. Berderau darah apabila  memandang ke arah jalan kerana sunyi sepi tiada sesiapa.disana.

 Bertambah tergetar si badan apabila menoleh kedepan pakcik yang menegur pun sudah menghilang. Tetiba jam gerak menjerit menandakan waktu sudah 5.00 pagi..........
.
.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN