Inginku nikmati keindahan bulan dan bintang



Itu keinginanku dikala alam persekolahan. Kekadang aku bersendirian diluar halaman rumah dikala hening malam sambil mata memandang sinaran taburan bintang dilangit. Jauh fikiran melayang. Terasa ketenangan bersarang dihati.

Teringin jua hati terbang melayang jauh ke langit umpama burung menikmati keindahan ini. Maka aku mula merancang sendirian. Pengaruh filem barat dan komik mula menular difikiran. Baju, kain pelikat, kasut bot stail 'John travolta' dan topeng aku kenakan. Seolah2  berkemampuan untuk terbang ke angkasa umpama 'Superman'. Namun aku tetap ditanah.

Pelbagai cara aku usahakan agar diri terbang melayang. Tikar terbang, kerusi angkasa, batu dikaki, roket dan bermacam - macam doa aku usahakan dari satu pengkajian ke pengkajian lain melalui buku dan pertanyaan namun aku masih ditanah.

Sebenarnya aku telah pun 'terbang' melayang secara ilimiah dengan pelbagai usahaku selama ini. Sikap inilah yang menjadi senjataku untuk terus maju kedepan dimana sahaja aku berada biar apapun dikata.

Aku tetap 'terbang' mencari ilmu dikalangan semua tanpa mengira pangkat dan statusnya yang aku ketemui didalam kehidupanku.

Aku masih dan tetap memandang sinaran bintang dimalam hari dan yakin akan 'terbang' menikmati keindahannya melalui ilmu yang menanti.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN