Copthorne Orchid Hotel Penang


Layanan mesra para pekerjanya  secara keseluruhan menyenangkan hati. Bilik nampak usang walaupun dilakukan beberapa penambahbaikan. Bilik mandi dan tandas sentiasa dijaga bersih namun kelihatan tompokan kotoran pada beberapa tempat. Pengunaan tap air sejuk dan panas untuk mandi amat membimbangkan terutamanya pada mereka yang tidak perasaan akan kegunaannya kerana pada permulaannya air sejuk dan tiba tiba air menjadi panas.

Jamuan sarapan pagi secara bufet walaupun tidak banyak pilihan namun memuaskan hati dari segi penyediaan, rasa dan suasana dewan makan yang tidak terlalu padat dan selesa.

Walapun kolam renang untuk kanak kanak dan dewasa nampak terlalu ringkas dan kecil namun ianya memudahkan pengawasan terhadap pergerakan kanak kanak di dalam kolam.

Pantainya sedikit mengecewakan kerana boleh dikatakan agar sedikit tercemar.

Lokasinya berdekatan dengan beberapa  kemudahan lain seperti kedai makanan, bank, kedai runcit dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN