Penghasilan Buku Penang Harbour Pilot

Pada 13hb Julai 2017 tepat pukul 3.15 petang, aku berjaya menyelesaikan penulisan buku tersebut. Aku juga telah mencetak dua buah buku tersebut untuk proses pemeriksaan oleh pihak - pihak yang berkenaan agar kandungannya tidak terkeluar dari landasan yang dibenarkan. Idea penulisan buku ini terhasil ketika aku mula bekerja di Penang Port. Hobi aku yang suka merakam gambar ketika belayar untuk rujukan pembelajaran juga mengilhamkan aku di dalam penghasilan buku ini. Pengambilan gambar selama 8 tahun yang  lalu telah aku pergunakan semaksimumnya dan disusuli dengan pengumpulan maklumat fakta dan sebagainya.

Penulisan tersebut mengambil masa selama 3 bulan dan diikuti dengan temuramah, pencarian internet dan sebagainya selama 2 1/2 bulan. Penulisan buku ini adalah berdasarkan pada perspektif, pandangan dan pengalaman aku sebagai malim atau Pilot di Lumut dan Pulau Pinang. Tidak terlintas dihati untuk mencabar atau menyakiti sesiapa yang lebih berpengalaman di dalam bidang ini.

Corak penulisan buku adalah berlandaskan pada pemahaman secara ringkas meliputi keseluruhan perkara yang bersangkut paut dengan tugasan malim atau Pilot.

Kandungan buku ini merangkumi tugasan malim atau Pilot, sejarah malim atau Pilot, pelabuhan dan sejarahnya, angin, arus, feri dan sebagainya. Setiap penceritaan akan disusuli dengan gambar agar membantu pemahaman. Namun ada yang tidak bergambar  kerana tiada yang dapat memperjelaskan sesuatu situasi itu melainkan menggambarkannya di dalam kotak minda.

Diharapkan buku ini dapat memberi pemahaman tentang malim laut atau Harbour Pilot secara mudah dan ringkas kerana ianya adalah salah satu jawatan yang paling tua di dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN