Damanasara Empire : homestay

Pemilihan untuk bermalam semalam di Damanasara telah membuat Damasara Empire menjadi pilihan berdasarkan gambar yang ditunjukkan dan mengambil kira beberapa yang faktor yang berkaitan.

Pada 20hb Julai 2016 dan sekitar pukul 3 ptg tiba di Damansara dan pencarian hotel tersebut sememangnya mudah cuma agar terkeliru dengan kelikuan jalanraya.

Ketibaan di perkarangan Damansara Empire merupakan bangunan  tinggi puluhan tingkat  berkonsepkan condominium dan pejabat serta mempunyai beberapa bangunan yang serupa. Kekeliruan pada banyaknya pintu masuk / keluar pada bangunan tersebut dan kepayahan untuk meletakkan kereta maka dihubungi wakilnya untuk berjumpa di tepi jalan. Tiada lobi atau tempat yang bersesuaian untuk sebarang oerjumpaan dan jangan mengahrap sebarang resit kerana pembayaran dibuat ditepi jalan sahaja.

Setelah selesai urusan pembayaran telah timbul perasaan tidak puas hati dan kecewa serta  disuruh pula mencari lot tempat kereta bersendirian yang berbelit belit dan penuh sesak. Akhirnya setelah meletakkan kereta dilot tersebut, mencari pula pintu lobi lif untuk bilik. Semememangnya agak mengecewakan dengan keadaan sekliling dan memeningkan ini.

Apabila sampai dibilik lebih menyakitkan ialah tiada pintu untuk bilik mandi + tandas hanya sekeping rak buku digunakan sebagai tirai, lubang paip yang berbau dan ubahsuai bilik yang tidak berseuaian langsung. Ianya lebih pada susana home stay moden dan lebih kepada golongan bujang dan ttidak bersesuaian untuk golongan berkeluarga terutamanya keluarga besar. Ditambah pula agak payah untuk mendapatkan kedai kedai makanan biasa kerana lokasinya agak jauh dan memerlukan kenderaan untuk keluar. Sememangnya ada kedai kedai francais namun merasakan lebih pada golongan yang berkedudukan.

Setelah selesai urusan, segera meninggalkan bilik tersebut dari waktu sepatutnya. Mulanya kunci bilik diminta ditinggalkan sahaja didalam bilik tapi demi kebaikan untuk semua pihak, kunci bilik diserahkan pada pihak keselamatan bangunan.

Tiada lagi Damansara Empire Homestay di dalam jadual perjalanan di masa hadapan apabila kereta keluar dari bangunan tersebut.



Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN