Aku redha seadanya

Seingat aku ketika aku kecil aku banyak membisu. Aku banyak mendengar, melihat dan memperhati. Walaupun aku dilahirkan sihat namun aku tiada tenaga seusia aku jadi aku sering dibuli. Namun aku berterusan memilih untuk membisu.

Ketika memasuki alam pembelajaran, aku mengikuti abang - abangku pergi ke tadika bertempat disebuah bangunan kepunyaan Persatuan Budha Pulau Pinang. Masih segera difikiran ini ketika waktu rehat aku lebih suka berdiri di sebuah tempat pancutan air yang menempatkan banyak ekor  kura - kura yang bersaiz sederhana. Wajah guru -guru tadika yang berbangsa cina terutamanya seorang guru lelaki masih samar - samar terbayang diingatku.

Pemergian abang - abangku ke alam persekolahan membuatkan aku terpaksa berpindah kesebuah tadika lain yang dibina diatas tanah sebuah gereja. Masih segera difikiran ini ketika aku terpaksa berselipar ke tadika kerana kaki aku luka akibat berendam di dalam kolah. Aku dimarahi ibuku kerana mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sarapan pagi setiap hari. Aku bersama rakan - rakan sebayaku hanya berjalan kaki ke tadika yang terletak dibelakang rumahku. Guru kelasku adalah seorang wanita berbangsa Serani sering mengusik aku untuk mendapatkannya sebuah kotak pensil yang berharga 20 sen yang sama dengan milikku dimana beliau agak terkejut juga setelah aku berikan kotak pensil tersebut. Tadika tersebut masih berdiri megah disitu setelah aku meninggalkannya 40 tahun yang lalu.

Ketika aku terjatuh kedalam longkang dihadapan rumah terluka kulit kepalaku sehingga darah mengalir berterusan namun aku terpaksa menanti kepulangan bapaku untuk mendapat rawatan dihospital besar Pulau Pinang. Masih segar difikiran ini bau-bauan ubat hospital dan gigitan semut terasa ketika lukaku sedang dijahit.

Bapa saudaraku yang bertugas disitu dengan pakaian seragam putihnya mendukung aku seketika ditangga keluar hospital sementara menanti ketibaan bapaku yang menghantar pulang rakannya. Seingat aku waktu ketika itu pukul 10 malam.

Namun aku berterusan membisu.

Aku membesar seperti kanak - kanak yang lain dan meneruskan persekolahan ke sekolah rendah Francis Light. Pelbagai peristiwa dan cerita yang suka serta duka yang masih segera difikiranku seperti aku menangis di dalam kelas darjah 1 kerana tidak dapat mengeja dengan baik  di dalam kertas peperiksaan ketika masa hampir tamat. Kacang putih bertaburan diatas lantai ketika aku sedang menyapu. Yang masih segar ialah aku memakai kasut sekolah getah. Aku dan abang ketinggalan bas sekolah sehingga kami memutuskan untuk berjalan kaki ke rumah moyang kami yang jaraknya lebih kurang 6 km di dalam hujan lebat.  Kecoh juga semua orang dibuatnya.

Begitu juga dengan perjalanan hidupku ke sekolah menengah sehinggalah ke alam perkerjaan dan berkeluarga. Namun, aku  masih memilih untuk membisu apabila badai menghempas kuat biarpun ketika  aku diherdik dan dihina. Kekadang mengalir air mata menahan asakan dan pukulan yang sememangnya perit untuk ditelan biarpun puncanya bukan dariku.

Kekadang berdetik dihati untuk berbuat durjana namun belum bermula sudah dipintas oleh yang Maha Satu dan semuanya tergendala jua.

Biar apa pun kata orang, aku tetap aku dan masih lagi tetap membisu serta berbuat sesuatu pekerjaan, amalan dan segalanya dengan kejujuran sekadar mampu olehku. Hatiku ikhlas kerana aku yakin sedang diuji dan diperhatikan oleh yang Maha Satu.

Aku redha seadanya kerana aku yakin padaNya dan berserah serta berdoa agar pengakhiran hidupku diberkati olehNya.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN