Hotel Laman Sari Shah Alam

Keputusan bertolak ke selatan untuk acara tersebut mesti dibuat segera termasuk penginapan satu malam di hotel di Shah Alam yang berdekatan dengan tempat yang dituju Tempahan mesti dibuat pada 3hb April 2016 agar tiada terganggu perancangan nanti.

Semasa proses pencarian bilik penginapan, harga menjadi pilihan utama kerana perlu keluar seawal 6.30 pagi pada 4hb April dan sekadar untuk melepaskan kepenatan.  Tawaran Hotel Laman Sari untuk bilik 'budget'  sebanyak  RM75.00 semalam menarik minat dan lokasinya yang berdekatan dengan tempat yang hendak ditujui.  Urusan tempahan dan pembayaran penuh diselesaikan agar tidak mendatangkan sebarang gangguan setibanya disana nanti.

Perjalanan ke Kuala Lumpur pada pagi 3hb April agak tenang walaupun agak banyak kereta yang menghala kearah selatan.  Sertibanya di Shah Alam pada pukul 2.00 petang terus mencari lobi hotel untuk pendaftaran masuk. Lokasi mudah dicari namun papan tandanya mengelirukan. Agak terkejut mendapati kaunter hotel di dalam sebuah kedai serbaneka.

Sewaktu urusan pendaftaran masuk, ada seorang pelanggan yang agak terlewat 1 jam setengah untuk berdaftar keluar kerana ada urusan lain yang timbul sehingga beliau tidak dapat memaklumkan kuanter hotel tentang kelewatan tersebut. Namun tanpa sikap bertimbang rasa, pekerja hotel tersebut terus memaklumkan bahawa beliau mesti membayar kelewatan sebanyak RM30.00 untuk satu jam setengah.Sepanjang pengalaman menginap dihotel,  belum pernah dilayan secara drastik seperti ini oleh pihak pengurusan dimana kebanyakannya  lebih memilih untuk bersikap bertolak ansur.

Agak kecewa setelah ditunjukkan surat tempahan baru dimaklumkan bahawa bilik 'budget' itu perlu  berkongsi bilik mandi dan tandas. Untuk penukaran bilik lain hanya bilik Deluxe sahaja yang ada dan pembayaran perlu ditambah menjadikan harga sebuah bilik bernilai RM140.00 semalam. Agak tersenyap seketika memikirkan jalan penyelesaian kerana harga yang perlu dibayar setanding dengan tawaran hotel lain yang jauh lebih baik dimana sarapan pagi disediakan dan lebih selesa. Memandangkan pembayaran penuh sudah dibuat dan perlu keluar awal pagi serta untuk mengalami sendiri susana bilik  maka memilih untuk mengambil bilik deluxe  tersebut.

Setelah pembayaran tambahan diselesaikan maka perlu mengambil kereta untuk ke lokasi bilik yang berada di blok lain. Agak memeningkan dan menakutkan kerana bilik - bilik berselerak diblok - blok yang berlainanserta  susana yang amat tidak selesa. Bilik yang terletak ditingkat 3 dapat dicari setelah timbul sedikit kerumitan. Agak terkejut melihat suasana bilik yang agak berdebu dan berbau masam. Kelihatan lipas berkeliaran melarikan diri di celah belakang almari. Agak tergamam meilhat habuk berkumpul dibawah katil.
Berfikirlah sebanyak 2 kali bagi mereka yang  mementingkan aspek keselesaan, kebersihan dan keselamatan diri serta keluarga  terutamanya  diwaktu malam kerana tiada sebarang talian kecemasan dan mesti bertindak sendirian untuk jaminan keselamatan atau kecemasan.  Susana bilik mandi yang agak tidak selesa dan sinki yang tiris amat tidak berpatutan dengan harga yang dibayar.

Memang tidak dinafikan lokasinya terletak dikawasan yang strategi seperti terdapat kedai makan, bank dan kemudahan masuk atau keluar ke jalanraya utama. Setelah selesai satu urusan, mencari kedai makan dengan menapak sahaja buat mengisi perut yang kelaparan dimana nasi kukus berlauk ayam menjadi pilihan disebuah kedai berhadapan dengan blok hotel.

Perjumpaan malam diteruskan disebuah kedai makan ala barat yang agak berpatutan harganya sebelum kembali  ke bilik untuk merehatkan badan. Agak terganggu waktu tidur sekitar pukul 2.30 pagi apabila terasa lipas merayap diatas rambut sebelum melarikan diri dibawah katil yang berdebu.

Meninggalkan bilik hotel sekiar pukul 6.30 pagi dan agak malang kerana tiada sebarang meja atau kaunter hotel untuk sebarang pertanyaan, pemulangan kunci dan sebagainya. Tiada pilihan lain selain membuang kunci bilik ke dalam kawasan kedai yang berkunci sebelum keluar dari kawasan tersebut dengan harapan tidak akan kembali lagi ke hotel ini.



Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN