TH Hotel Kelana Jaya & Oriental Crystal Hotel Kajang

Perjalanan dimulakan pada jam 8.30 pagi bertarikh 11hb Februari 2016 dengan menuju ke arah utara untuk menyelesaikan sedikit urusan di Alor Setar, Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Damansara untuk satu lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Sepanjang perjalanan yang agak panas terik dan sekali sekala mendung serta hujan setempat - setempat agak perlahan disebabkan banyak kereta berpusu - pusu bergerak ke arah selatan dan agak memenatkan kerana pemanduan memerlukan fokus sepenuhnya agak tidak timbul sebarang permasalahan.

Walaupun kebanyakan para pemandu sepanjang perjalanan tersebut agak tenang dan bertolak ansur namun ada juga mereka yang bersikap lebih mementingkan diri dan hipokrit tanpa memikirkan keselamatan orang lain sehingga sanggup menggunakan laluan kecemasan dengan kelajuan yang agak tinggi semata mereka ingin sampai dahulu. Tindakan ini telah dilihat dan diikuti oleh para pemandu negara jiran. Sepatutnya pemanduan sedemikian mesti dipantau dan  dikenakan tindakan semaksimumnya.

Oleh kerana pembatalan urusan di Damasara di saat -  saat akhir, perjalanan diteruskan ke TH Hotel Kelana Jaya untuk merehatkan diri. Pencarian lokasi  TH Hotel agak mudah dan tiba di hotel tepat pukul 6.00 petang  untuk pendaftaran masuk. Keramahan pekerja di Lobi sedikit menghilangkan kepenatan diri.

Lokasi bilik pula mudah dan senang dicari. Susana persekitaran termasuk tempat letak kereta, surau dan sebagainya serta keluasan bilik agak menyenangkan walaupun tidak sehebat hotel bertaraf 5 bintang. Ianya sepadan dengan harga yang ditawarkan dimana seolah olah mereka 'tahu' apa yang dikehendaki oleh pelanggan yang mempunyai keluarga terutamanya kanak kanak kecil.

Lokasi kedai makan dan kedai serbaneka agak berdekatan dengan hotel dan mudah dicari serta kemudahan tempat kereta yang berdekatan. Suasana sepi dipersekitaran bilik memudahkan mata terlelap untuk merehatkan badan.

Pada 12hb Februari 2016, pukul 10 pagi mendaftar keluar dari hotel dan meneruskan perjalanan ke Damansara Utama untuk menyelesaikan urusan sebelum bergerak ke Oriental Crystal Hotel di Kajang untuk tugasan selanjutnya.

Pencarian hotel tersebut sangat mudah dan selemat tiba untuk pendaftaran masuk pada pukul 4 petang. Walaupun persekitaran  hotel agak berhabuk kerana proses pembinaan dan pencarian lokasi tempat kereta hotel agak memeningkan namun suasana dalam agak menyenangkan dan keramahan pekerja lobi Keramahan pekerja di lobi hotel menceriakan.
Lokasi tempat makan, kedai serbaneka, pasaraya, bank dan sebagainya di persekitaran hotel adalah amat berdekatan dan memudahkan sehingga hanya perlu berjalan kaki sahaja.

Secara keseluruhannya, penginapan di Oriental Crystal adalah sangat memuaskan hati dari segi keselesaan bilik, layanan mesra para pekerja seperti house keeping, coffee house dan sebagainya serta sarapan paginya, walaupun tidak sehebat hotel 6 bintang namun penyediaannya yang amat menyelerakan dan menceriakan. Disulami pula dengan keramahan pelayan coffee house yang sentiasa memahami kehendak pelanggan dan sajian makanan yang tidak terputus walapun menghampiri waktu akhir sarapan kerana masih ada pelanggan yang ingin bersarapan pagi. Kupon makanan tidak menjadi ukuran para pekerja hotel ini tapi keramahan mereka menjadi resepi kepuasanhati pelanggan.

Tidak dinafikan ada hotel dimana para pekerja mereka terlampau pentingkan kupon sarapan pagi seolah - olah kunjungan para pelanggan adalah untuk menipu agar dapat bersarapan pagi percuma sedangkan sajian yang disediakan amatlah teruk. Belum dikira tahap komunikasi mereka yang boleh dianggap sebagaikan mengecewakan.
Pada 14hb Februari 2016, pukul 11 pagi mendaftar keluar dari Oreintal Crystal untuk urusan terakhir dj persekitaran sebelum  memulakan perjalanan pulang ke Pulau Pinang pada pukul 5.15 petang.



Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN