Gilakah aku

Gilakah aku melihat disebalik pandangan mata? Gilakah aku merenung disebalik termenung? Gilakah aku memaafkan disebalik disakiti? Gilakah aku menjauhi disebalik didekati? Gilakah aku memberi disebalik memiliki? Gilakah aku membantu disebalik tiada penghargaan? Gilakah aku berusaha disebalik kegagalan?

Aku semakin dalam mencari. Pelbagai pintu aku buka dan memasuki. Makin banyak pintu yang aku buka makin jauh aku kedalam. Pelbagai perkara terpandang mata. Kekadang aku dirempuh rintangan ringan. Kekadang aku dirempuh rintangan berat. Air mata menjadi saksi kesedihan dihati. Namun tenang jua yang aku cari dan berpegang.

Aku pandang keatas, kebawah dan pelbagai arah buat mencari penyelesaiannya. Hujung jari menjadi tumpuanku sepenuhnya. Aku pasrah dan redha akan seadanya. Kembalikan ketenangan adalah tujuannya. Pekakkan pendengaran, butakan pemandangan dan matikan pergerakan menjadi amalanku. Jauh aku tengelam di dalam kesepian. Semakin jauh aku tengelam di dalam laut ketenangan dan degupan jantung menjadi irama sayup. Pernafasan menjadi panduanku.

Air mata berkaca merasa kepuasannya. Terasa kebas semua anggota badan. Terasa terbang melayang di alam tenang. Semakin melayang semakin fokus pada hujung jariku. Fikiranku bagai terhenti buat seketika. Pergerakan mula terasa. Aku turuti mengikut saja. Perjalanan yang tiada aku pasti namun aku yakin padanya. Penyelesaian ada dihujung perjalannya. Jauh aku melayang di dalam perjalanan pergerakan. Sesekali terdetik hati ingin bertanya namun aku tolak dengan tumpuan sepenuhnya.

Aku tenang setenang - tenangnya. Aku terasa bahagia. Pandanganku memandang disebalik pandangan. Penyelesaiannya sudah aku jumpa. Mutiara tersembunyi di dalam jiwa. Aku berpegang padanya. Sememangnya aku bukan gila tapi pembawaannya membuat aku terasa serba bersalah dan keampuan serta keredhaan menjadi pilihanku di dalam perjalanan hidupku.  Semakin singkat umurku semakin kerap aku menangis. Aku kira aku belum bersedia. Aku takut. Aku gelisah. Aku bingung. Persediaanku serba kekurangan. Kesilapan dan kesalahan banyak tiada terkira.

Maka katanya berpeganglah padaku dan bersabarlah.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN