Carlton Holiday Hotel and Suites

Pada 10hb November 2015 pukul 11.52 pagi, pengesahan dan pembayaran penuh telah dibuat untk penginapan selama 2 malam pada 5hb dan 6hb Disember 2015 di Carlton Holiday Hotel and Suites.

Perjalanan dari Pulau Pinang pada 4hb Disember 2015 pukul 9.00 pagi adalah tenang, tidak sesak dan cuaca agak baik.

Perancangan awal adalah untuk singgah dahulu dihotel pada pukul 2.30 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka untuk suatu urusan namun penukaran berlaku disaat - saat akhir untuk meneruskan perjalanan ke Melaka dan kembali ke hotel di Shah Alam setelah semua urusan selesai.

Sepanjang perjalanan ke Kuala Sungai Baru,  Melaka juga agak tenang  dengan cuaca yang baik.   Apabila tiba sekitar pukul 3.30 petang, segala urusan diselesaikan seberapa segera sebelum memulakan perjalanan kembali ke hotel di Shah Alam.

Cuaca mulai mendung dengan kilat sambar menyambar. hujan turun selebatnya disepanjang perjalanan yang kadang kala bergerak perlahan dan terhenti seketika kerana kesesakan dan jurahan air hujan dijalanan.

Pencarian hotel mudah kerana lokasinya  yang senang dicari.  Setibanya di hotel tepat pukul 18.30 petang terus ke kaunter pendaftaran. Agak terkejut juga kerana ucapan salam diberi pada dua orang staff dikaunter tiada jawapan sebaliknya mengambil surat penempahan bilik hotel tanpa sebarang pertanyaan atau membaca isi kandungannya terus mengetuk komputer untuk mencari bilik yang kosong.

Staff lelaki yang berkot segak tanpa sebarang senyuman meminta mengisi borang pendaftaran dan terus menanyakan pada rakannya sekiranya ada bilik yang kosong atau bilik yang telah dibersihkan. Tersentap dihati kerana jam sudah pukul 18.40 petang untuk mendaftar masuk sedangkan bayaran penuh sudah dibuat dan telah dimaklumkan awal pendaftaran mungkin lewat petang dimana bilik sepatutnya sudah siap menanti. Keletihan membuatkan diri tenang seketika. Ahkirnya disuruh duduk dahulu kerana bilik hanya akan siap dalam masa 10 minit.

Bagaimana setelah mendapat bilik, timbul sedikit kekecewaan kerana diberi bilik yang bukan pilihan yang tertera diatas surat tempahan. Maka berlaku perang mulut dengan staff lelaki yang mengatakan bilik itu yang tinggal. Akhirnya, ditawarkan bilik yang diminta. Perkhidmatan wifi sememangnya ada namun isyaratnya sungguh memeningkan. Ada majalah Astro untuk bacaan namun tiada channelnya. Tiada langsung penyangkut baju di dalam almari. Susana dihening malam agak terganggu dengan bunyi kompresor disebelah tingkap bilik. Walaupun turun pada hari pertama untuk bersarapan pagi menggunakan baucer percuma namun pada hari kedua tiada selera langsung untuk bersarap kerana terkenang terpaksa menggunakan sudu besar untuk penyediaan kopi dan disuruh menggunakan mangkuk sup untuk penyediaan mee kuah.

Pada pagi 6hb Disember 2105 terus mendaftar keluar dan bersarap pagi diluar terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang.

Bagi yang yang hendak ketenangan, keselesaan dan layanan berfikirlah dahulu.

Rasanya perlu dikaji semula slogankata yang digunapakai, 'Anda keutamaan kami' kerana tidak nampak keterampilannya.




Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN