Yakjuj & Makjuj

Berkaitan Surah Al-Kahfi ayat 94, Prof. Dr Ash-Shiddieqy menjelaskan, Yakjuj dan Makjuj adalah orang yang melakukan kerosakan di bumi seperti membunuh, menghancurkan, merosakkan tanaman, merampaskan makanan dan semua jenis kerosakan.  Mereka lebih liar dari binatang liar. Yakjuj adalah bangsa Tartar sedangkan Makjuj adalah bangsa Mongol. Mereka berasal daripada satu keturunan yang tinggal di Asia Utara sepanjang kawasan dari Tibet, China hingga wilayah Laut Utara.

Mereka adalah manusia yang berasal dari keturunan Yafits bin Nuh(rekod Imam Ahmad)  mempunyai wajah lebar, mata sepet, berambut perang dan merah. Mereka turun dari tempat yang tinggi dan wajah mereka serumpama perisai yang dipukul.

Sesungguhnya mereka ini tidak menyembah Allah dan gerombolan kaum ateis atau
masih mencampuradukkan agama dengan paganisme.

Mereka akan muncul lagi di akhir zaman dengan membuat kerosakan besar di muka bumi. Pada masa itu, mereka adalah gerombolan yang kuat dan tidak ada seorang manusia pun yang mampu mengalahkan mereka.

petikan dari Yakjuj dan Makjuj, Muhammad Alexander

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN