MH Sentral Hotel dan Port Dickson Golf & Country Resort

Di dalam perjalanan menuju ke Melaka, singgah semalam di MH Sentral Hotel Sungai Siput Perak DR. Pencarian suatu tempat di Ipoh telah melengahkan sedikit masa yang berakhir tanpa sebarang hasil. Keputusan dibuat untuk terus ke hotel agar dapat merehatkan badan seketika sebelum keluar kembali untuk makan malam.
Perjalanan ke MH Sentral Hotel agar perlahan sedikit disebabkan waktu puncak dan banyak kenderaan menyusur di jalan - jalan utama. Pemanduan agar tenang ditambah pula dengan sikap bertolak ansur pemandu - pemandu terutamanya bas dan lori yang agak berlainan dengan suasana dijalan Pulau Pinang.
Pencarian hotel agak mudah kerana lokasinya terletak di tepi jalan utama dan kesenangan jalan keluar masuk. Ketibaan dihotel pada pukul 3 ptg diteruskan dengan pendaftaran masuk untuk merehatkan badan seketika. Keramahan pekerja hotel dilobi tercalar sedikit dengan penyediaan bilik yang belum dikemas lagi. Bagaimanapun situasi terkawal dengan kecekapan dan keramahan penyelia atau pekerja 'House Keeping'.

Pencarian tempat yang selesa untuk makan malam sememangnya payah untuk mereka yang cerewet tentang tempat, jenis makanan dan sebagainya. Makanan ringan senang dicari namun sekurang - kurangnya hendak juga merasa masakan tempatan.  Perkhidmatan wi fi adalah amat malang sekali sehingga pendaftaran keluar pada 4hb Oktober 2015 masih tiada langsung isyaratnya.
Tidak dinafikan agak berpuas hati dengan penyediaan makanan untuk sarapan pagi yang agak murah, banyak pilihan dan menyelerakan. Suasana tenang dilobi, bilik yang selesa dan persekitaran hotel yang menyenangkan hati serta jauh dari kerunsingan fikiran. Tidak menolak kemungkinan akan kembali lagi ke hotel ini.
Perjalanan ke Port Dickson Golf and Country Resort memakan masa hampir 4 jam lebih dan pemanduan agar lancar tanpa sebarang kesesakan dan halangan namun nasib kurang baik apabila terkena saman perangkap laju disekitar lebuhraya Subang Jaya.
Ketibaan di hotel sekitar jam 5 ptg dan terus mendaftar masuk untuk merehatkan badan seketika sebelum kembali ke Coffee House untuk makan malam percuma oleh pihak hotel bermenukan hanya nasi goreng kampung dan minuman teh 'o' ais limau nipis atau teh 'o' limau nipis panas yang boleh tahan kesedapannya. Ini adalah salah satu strategik pemasaran yang boleh diikuti.

Bagaimanapun agak pelik juga dengan layanan pekerjanya yang diimport kerana fahaman tentang perhotelan agak kurang dari yang dijangkakan dan sememangnyalah menimbulkan perasaan tidak puas hati.  Dimanakah pekerja - pekerja tempatan yang berkemahiran di dalam bidang ini? Pernah beberapa kali menginap di hotel negara jiran namun layanan mereka lebih bersikap profesional seperti kebanyakan hotel - hotel yang lain. Agak tergamam juga apabila dimaklumkan bahawa ada caj pada kanak - kanak berusia 2 tahun untuk bersarapan pagi. Sehingga terpaksa bertanya dikaunter lobi untuk kepastian.

Ketika dikaunter lobi, belum habis pertanyaan dicelah pula  oleh salah seorang pekerja import ini dengan bertanyakan samaada maximum 4 keping kupon untuk sarapan pagi telah digunakan. Tanpa melayani pertanyaan tersebut, terus mengaju pertanyaan pada pekerja lobi yang bertugas adakah polisi disini mengenakan caj pada kanak - kanak berusia 2 tahun? Akhirnya, ketika selesai bersarapan dan hendak beredar dari meja makan, barulah dimaklumkan tiada sebarang caj dikenakan.

Adakah ini salah satu faktor menyebabkan pelanggan - pelanggan kurang berminat disini?  Kebersihan bilik terutamanya bilik mandi perlu diberi perhatian. Kain tirai tercabut, alat penghawa dingin berbunyi dan alat pengawal jauh tanpa bateri perlu diperbetulkan dan sentiasa dipantau.
Setelah mendaftar keluar pada tengahari 5hb Oktober 2015, perjalanan pulang ke Pulau Pinang dimulakan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN