Legasi Ulung Sdn Bhd : Satu cerita dongeng

Siapa sangka Legasi Ulung Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 9 Jun 2011 dan beralamat di No 41-42,Jalan Sg Aur KS/4,42000 Pelabuhan Klang oleh  dua orang kawan yang aku kenal iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi, mengakui diri berpangkat kapten, pandai bermain kata kata dan Abd Ra'uf Bin Amin juga mengakui diri berpangkat kapten, mencerminkan diri sebagai seorang imam boleh menjalankan operasi penipuan terhadap semua yang terlibat dengan janji bulan dan bintang dengan cerita dongeng  bahawa Syarikat Legasi Ulung Sdn Bhd mempunyai tapak Universiti Maritim di Lumut seluas 103 ekar dan mempunyai kapal sendiri sebanyak 4 buah. Tidak timbul soal kenapa tidak selidik dulu kerana mereka licik mengambil kesempatan ketika itu.

Masih segar difikiranku ketika aku sedang memandu di malam hari dalam bulan Ogos 2011, aku dihubungi oleh Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi dimana aku diperlawa bekerja dengan syarikat ini dengan tawaran gaji sebanyak RM10000. 00 dan sebuah kereta mewah jenis BMW. Aku dipujuk oleh Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi bahawa tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk mengembalikan warisan maritim dan aku salah seorang yang dipilih untuk bersama mereka sebagai Pengarah Pembangunan Pembelajaran Maritim.

Aku bersetuju untuk menyertai mereka tapi sebagai kerja sampingan sahaja kerana aku lebih mengutamakan kerjayaku yang sedia ada. Beberapa kali aku turun ke pejabat Legasi Ulung untuk mendapat pengesahan sebenar akan cerita mereka mendapat 'durian runtuh' yang begitu banyak sehinggakan keperingkat membeli bangunan pejabat sendiri yang berjutaan ringgit. Sikap dan gelagat kedua - dua mereka dan adik -adik Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi mulai berubah menjadi keegoan tinggi serta percakapan yang bongkak bagaikan dunia milik mereka. Aku hanya memerhati dan ingin melihat sejauh mana keegoan mereka.

Aku dan beberapa individu yang telah dipilih untuk mengisi pelbagai jawatan tinggi  telah dijemput untuk bersama Legasi Ulung ke majlis tandatangan perlantikan jawatan di dewan Seaman  Club sekitar bulan Februari 2011.

Aku memerhatikan sahaja gelagat pasukan pemasaran yang telah diarahkan untuk membuat pemasaran mencari seramai yang boleh pelaut/kru kapal. Tersampai juga pada pengetahuanku bahawa  oleh 'majikan'  ini iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 bahawa syarikat Legasi Ulung Sdn Bhd telah membeli beberapa buah kapal dan menunjukkan Sijil Kebenaran Menggunakan Nama Kapal yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Antara nama-nama kapal yang mereka daftarkan ialah Legasi Wira,Legasi Saga dan Legasi Iswara. Menurut 'majikan' ini kapal-kapal akan masuk ke Pelabuhan Klang pada bulan Julai 2012 dan buat masa ini kapal berada di Pelabuhan Singapura. Oleh itu, 'majikan' ini mendesak kumpulan pemasaran mencari kru kapal/pelaut seramai boleh dan secepat yang mungkin.

Setiap idividu yang ingin bekerja sebagai pelaut  dikenakan syarat iaitu bagi yang telah mempunyai sijil BST/TFA mereka dikehendaki membayar kepada Legasi Ulung Sdn Bhd dengan bayaran RM1,500.00 dan dijanjikan perkerjaan dengan menaiki kapal Legasi Ulung dan bagi Kru Kapal/Pelaut yang tidak mempunyai sijil BST/TFA mereka dikehendaki membayar sebanyak RM5000.00.

Aku mulai terasa ada yang tidak kena apabila proses pendaftaran dipaksa dilakukan
secara tunai  tapi wangnya tidak dimasukkan ke dalam akaun bank syarikat atas alasan akan mengganggu audit? Audit apa yang dimaksudkan oleh 'majikan' ini?  Kesemua wang yang diterima dan 'payment voucher' bulat - bulat diserahkan kepada 'majikan' ini iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595. Memang pelik dan ternampak sudah kelencongannya

Keadaan menjadi semakin parah apabila tiada gaji yang dibayar seperti yang telah dijanjikan dengan alasan oleh 'majikan'  ini bahawa mereka masih menunggu dana dari PUBEL yang berpengkalan di Labuan sebanyak RM3.859 Billion. Menurut 'majikan' ini iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 dana tersebut tersekat di Bank Negara Malaysia dan pelbagai lagi alasan yang kekadang tidak masuk akal. Sememangnya sudah terjelas pembohongannya. Namun kesian ramai pekerja - pekerja yang baru bekerja atau yang sanggup berhenti kerja atau yang sudah pencen sanggup menunggu lagi kerana masih menaruh harapan akan mendapat upah yang sememangnya terlalu amat lumayan untuk ditolak.

Keadaan semakin meruncing apabila pihak kolej iaitu pusat latihan pelaut untuk mendapatkan sijil belayar memaklumkan menerima menerima cek tendang dari Legasi Ulung Sdn Bhd dan tiada sebarang pembayaran dibuat oleh 'Majikan' kepada pihak Kolej.
Pihak kolej tidak mahu menerima lagi pelaut baru dari Legasi Ulung Sdn Bhd atau mengeluarkan sebarang sijil selagi pembayaran belum dijelaskan. Seperti kebiasaannya, Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 lagak dan keegoan bagai orang yang berduit banyak dengan keilmuan tinggi memberi alasan bahawa pembayaran akan dibuat apabila dana dikeluarkan.

Malang sungguh malang apabila 'majikan' ini  mulai melepasi tangan dan membuat pelbagai alasan termasuk tuduhan mengatakan sekumpulan pekerja telah melarikan dokumen penting dan wang syarikat. Setelah berbulan-bulan menunggu dengan harapan kosong dengan penuh kekecewaa,  para pekerja mulai meninggalkan syarikat dan bertindak balas termasuk membuat laporan polis dan menyaman 'majikan' ini. Sehingga kesaat itu, tidak wujud langsung kapal - kapal dan tapak universiti seperti yang didakwa oleh kedua - dua orang ini iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595.

Aku hanya mampu tersenyum dengan cerita dongeng kedua orang yang aku rasa sememangnya aku tidak mengenali mereka langsung. Akhirnya, habuk pun takda........

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN