Aku dan Penang Port

Siapa sangka aku akan bekerja di Penang Port. Sejak dari kecil dan bertahun2 lamanya aku menaiki feri samada melalui kenderaan atau berjalan kaki, aku cukup suka menikmati pemandangan laut dan kapal2 yang sedang berlabuh dari feri. Tiada terlintas dihati ini bahawa suatu hari nanti aku akan menjadi salah seorang dari warga Penang Port walaupun kapalku sewaktu perlayaran dulu kerap memasuki Penang Port dan ketika menjalankan perniagaan sendiri dimana aku berpeluang memberi perkhidmatan konsultasi ISO pada kakitangan SBU Cargo Penang Port.

Kemasukanku ke dalam Penang Port bukanlah sesuatu yang mudah dan sememangnyalah ianya sangat meninggalkan kesan yang mendalam dijiwaku kerana aku telah mencuba pelbagai cara dengan penuh kepayahan selama 1 setengah tahun untuk memohon jawatan malim laut dimana aku telah menghantar 6 surat permohonan, lebih  10  kali panggilan telefon, 3 kali lawatan ke pejabat dan 3 kalimemohon bantuan kenalan.

Masih segar difikiranku, ketika Aidil Fitri 2005 hampir tiba, aku hampir2 putus asa apabila dimaklumkan melalui telefon bahawa pihak pengurusan SBU Marin masih belum membuat keputusan mengenai permohonan malim laut tersebut. Masih tersentap hatiku apabila dibawa ke Jabatan Sumber Manusia Penang Port oleh seorang kenalan kakitangan Penang Port namun disapa dengan kasar  bahawa tiada kekosongan malim dan pengambilan malim laut baru hanya akan dibuat apabila ada malim yang akan bersara dalam tempoh 2 - 3 tahun lagi. Aku hanya mampu tersenyum pada kenalanku dan melangkah keluar dengan penuh kerunsingan kerana tiada apa2 lagi yang ada dalam genggamku semuanya sudah hilang begitu sahaja melainkan keluargaku.

Aku bingung dan tertanya2 apakah langkahku selanjutnya. Pekerjaanku ketika itu ialah sebagai seorang akauntan sementara di sebuah syarikat milik seorang Datuk dan bayaran gajinya kecil dan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan aku sekeluarga. Walaupun aku dibayar kecil tapi aku telah berjaya menyempurnakan akaun2 tiga buah syarikatnya. Dikala itu, aku diminta oleh sebuah syarikat yang bersebelahannya untuk turut memegang dan menyempurnakan akaun mereka dan aku bersetuju kerana perlukan wang untuk kelas tambahan anakku. Namun disebabkan tiada kepuasanhati dengan cara penyediaan akaun, aku telah disembur dengan kata2 yang benar2 menikam hati kecilku. Pedih sungguh rasanya sehingga berbulan2. Aku pasrah akan rintangan ini kerana keperitan hidup mesti diteruskan jua.

Aku berkira2 untuk kembali ke bidang pelayaran kerana tempoh penantian sudah terlalu lama dan desakan hidup yang semakin menekan. Aku juga berkira2 untuk bekerja sebagai pelayan di England dengan bantuan kenalan yang menjanjikan upah yang tinggi.

Namun, pada Februari 2006, aku telah menerima panggilan dari pihak Penang Port yang memaklumkan bahawa aku dikehendaki menghadiri temuduga malim laut pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan yang mana akhirnya aku berjaya mendapat jawatan tersebut.

Aku berusaha gigih siang dan malam mengikut  bot2 tunda selama sebulan sehingga aku tertidur keletihan diatas kerusi kerana kelesuan sebelum dibenarkan mengikuti malim - malim laut yang lain untuk memperlajari teknik dan skil ilmu permaliman. Begitulah perjalanannya sehingga aku adalah aku yang ada sekarang.

Disamping berusaha gigih sebagai malim laut, aku jua diberi peluang menjadi trainer Penang Port dan menjalankan beberapa sesi latihan dalaman untuk kursus pengurusan dan ISO. Aku juga berpeluang dilantik  menjadi Presiden SOA (Senior Officers Association). Aku berusaha keras untuk ahli2 tanpa meminta sebarang balasan namun akhirnya aku meletak jawatan dan keluar dari SOA kerana berpegang pada prinsip aku sendiri. Aku berpeluang juga mengenali pihak pengurusan atasan Penang Port dan jua bersua,  berbincang dan bermesyuarat pihak pengurusan baru.

Aku kagum dan bangga dengan pencapaian dan pengorbanan diriku selama imi untuk semua pihak. Aku yakin aku tetap akan berterusan memperjuangkan prinsip kebenaranku agar Ianya mendatangkan kebaikan pada semua.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN