Penemuan Yang Tiada Dirancang


Setelah selesai solat subuh, aku dan Ustaz Azmi menyelusuri perlahan - lahan menuju Makam Rasulullah SAW bagi tujuan menziarahi dan berselawat keatas Baginda SAW. Setelah selesai, kami menyelusuri keluar dan mengelilingi kawasan sambil mennikmati keindahan suasana dihening pagi.

Ketika kami sedang berjalan perlahan - perlahan terdengar sayup suara seseorang sedang memanggil,' Kapt! Kapt!', aku tersentap. Aku kira mungkin keindahan dan ketenangan pagi itu membuat telingaku berdetik terdengar panggilan itu sewaktu ditempat kerja. Aku diam dan meneruskan perjalanan bersama Ustaz Azmi.

Namun suara panggilan maki jelas kedengaran. Aku pun menoleh mencari sipanggilnya dan aku akan terkejut melihat susuk badan seseorang sedang menuju kearahku. Akhirnya aku tersenyum dan menghulur tangan untuk berjabat salam dengan Encik Mazlan dari bahagian NBCT Penang Port. 

Rupa2nya beliau bersama dengan beberapa rakan yang lain turut berhajat menuaikan ibadat Umrah pada tahun itu dan agak terkejut juga yang aku berada disana tanpa sebarang berita sebelum ini. Aku tersenyum. Aku perkenalkan beliau pada Ustaz Azmi, berbual seketika bergambar sebelum kami memawa haluan masing2.





Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN