Dimana perginya kekayaanku

Sewaktu memegang pelbagai jawatan tinggi disamping menjalankan perniagaan telekomunikasi, aku terasa bebas terbang diawangan. Jauh aku berterbangan bagai tiada hati untuk mendarat. Semakin aku melayang, semakin banyak peluang ternampak. Berkata hati tiada masa untuk dibuang perlu disambar apa sahaja yang hadir dimata.

Aku hanyut dibuai angin, semakin dalam cita2ku. Aku bekerja keras siang malam dan bernekad untuk berbuat yang terbaik di dalam kemajuan perniagaan. Kehulur hilir aku reda guna kereta, kapal terbang apa sahaja di dalam mencari, merebut dan mencapai peluang keemasan agar kekayaan milikku.

Aku semakin agresif. Semakin kerap berubah corak strategikku bagi membuahkan hasil secepat mungkin. Aku kerap berulang alik di dalam perjalananku bagi memastikan  tiada penangguhan di urusanku. Pelbagai kompeni, orang dan apa sahaja aku reda buat membuka laluan dan permudahkan.

Lama kelamaan, aku berjaya jua. Penjualanku berjumlah jutaan ringgit dalam setahun. Aku berasa bangga kemampuan diri. Kemasukan ribuan ringgit menghilangkan kepenatan dan memuaskan hati.

Aku berterusan melayang di langit. Tiada lagi mata memandang kebawah. Sentiasa mengharapkan untuk terus melayang ke angkasa laus.

Aku teralpa. Akhirnya aku terhenti seketika. Tiada lagi aku maju kehadapan. Tiada lagi apungan. Aku mulai menurun sehingga mencemaskan diri. Awan - awan putih bagaikan tersenyum melihat kejatuhanku ya g semakin laju. Aku cemas. Aku tercari2. Aku terkapai2mencari sesuatu buat menyelamat diri.

Aku semakin cemas. Perniagaanku merudum. Di dalam aku teraba2 mencari jalan keluar. Rupanya lubang gelap menantiku. Aku tergelincir jatuh. Pelbagai perkara bermain dikepala. Aku bingung. Aku takut. Aku menyesal. Perniagaan aku tergadai. Aku kehilangan pekerjaan. Aku kehilangan semuanya. Hutang semakin menambah menghambat diriku.

Tiba2 aku hilang2 segala2nya. Aku keseorangan. Mencari jalan pulang. Aku tertanya2 dimana semuanya. Dimana kekayaanku?

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN