Bosankah aku dengan kejujuran?

Aku termenung. Fikiranku jauh melayang kebelakang. Menempuh alam  memori lama melalui pintu - pintu yang tersendiri. Kekadang tertanya aku sendirian. Perlukah aku pada kejujuran? Mengapakah begitu payahnya membawa kejujuran? Mengapakah kejujuran yang aku utamakan dibalas dengan penghinaan?

Aku letih berjalan. Mindaku letih berfikiran. Anggota badanku letih membuat yang terbaik untuk segala urusan.  Aku terduduk kelesuan. Mataku layu kepiluan. Jiwa tersentap kepedihan. Renunganku jauh kedalam.

Di dalam melayan kesedihan yang melanda. Berdetik hati berkata,' Bertenanglah kau....ingatlah setiap perbuatan ada pembalasannya....maka berpeganglah pada yang benar.....tetapkan hatimu......'

Aku tersedar dari lamuan. Aku kembali pada ketenangan. Aku pejamkan mata. Pekakkan telinga. Kosongkan minda. Tenangkan jiwa. Rehatkan anggota badan. Mencari ketenangan sedalam2nya. Aku hanyut di dalam ombak ketenangan. Degupan janyung kedengaran sayup. Aku berterusan mencari ketenangan yang setenang2nya.

Air mata mengalir tanda kepuasan dijiwa. Aku terasa puas dipukul badai ketenangan. Bagai melayang dipukul ribut taufan. Seluruh anggotaku terasa aura ketenangan. Segalanya aku letakkan padanya.

'Ayuh....bangun dan membangun....menempuh perjalanan hidup dengan ketenangan dan kesabaran.....berpeganglah pada kejujuran kerana ianya bersamamu selama ini dan ianya adalah yang terpuji....'

Aku kembali sedar. Aku buka mata kepuasan. Melihat perjalanan masih jauh kehadapan. Aku yakin pada kejujuran kerana aku lebih tahu akan diriku. Perbuatanku selama ini adalah bersertakan kejujuran. Maka mengapa perlu aku kecundang dek penghinaan orang. Marilah...pimpinlah...tunjukkanlah.....ajarlah agar bertambah ilmu ketenangan dijiwaku.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN