Y Bhg Dato' KM Teh : Contoh Ciri Pemimpin Yang berkualiti

(True event experienced by the author)

Setelah sekian lama berfikiran, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat pembiayaan semula rumah dengan sebuah bank tempatan demi menyelesaikan  beberapa permasalahan yang mesti diselesaikan sekadar segera. Dimana proses dokumentasi ini memerlukan kebenaran dari pihak pemaju perumahan yang terkemuka iaitu IJM yang mempunyai cawangannya di Pulau Pinang yang diketuai oleh seorang wanita yang berjawatan sebagai Pengurus Besar. Segala isu dokumentasi ini diserahkan pada pihak peguam rumah untuk diselesaikan dengan pihak IJM

Setelah hampir sebulan berlalu namun tiada sebarang berita tentang penyelesaian dokumentasi tersebut. Aku mulai resah kerana pihak bank masih tidak dapat melepaskan pembayaran seperti yang telah dipersetujui. Jawapan yang diterima amat mengewakan dimana pihak bank dan peguam rumah menjelaskan bahawa mereka telah mencuba seberapa segera untuk mempercepatkan proses ini tapi ianya masih berada ditangan pihak IJM untuk kebenaran menyelesaikan proses ini. Mereka telah cuba menghubungi pihak tersebut beberapa kali untuk mendapatkan kebenaran tersebut namun telah diberi dengan pelbagai alasan.

Aku makin tertekan. Perjanjian yang telah dibuat mesti dilaksanakan segera. Aku merayu pada pihak bank agar memahami permasalahan yang sedang aku hadapi ini. Maka pegawai bank yang berurusan denganku telah berusaha lagi namun masih tiada perubahan lagi. Oleh itu beliau mencadangkan agar aku mencuba menghubungi pihak pemaju tersebut dengan harapan mereka akan bertindak segera. Maka aku pun menghubungi pihak yang berkenaan dan menceritakan permasalahanku pada pegawai pihak pemaju, Puan Cecilla yang berjanji akan berusaha menyegerakan proses tersebut.

Setelah seminggu berlalu, pegawai bank berkenaan memaklumkan aku bahawa masih tiada lagi sebarang dari pihak pemaju dan meminta aku menghubungi kembali Puan Cecilla untuk mengetahui status dokumentasi tersebut.

Aku termenung. Bermacam - bermacam perkara bermain difikiranku. Mencuba mencari jalan penyelesaiannya. Akhirnya aku merasakan adalah lebih baik menghubungi pihak tertinggi pengurusan IJM yang beribu pejabat di Kuala Lumpur melalui emel dan menyuarakan perasaanku agar pihak yang bertanggungjawab akan tampil membantu walaupun aku sedar siapalah aku hendak berhubungan dengan mereka atau individu yang tinggi kedudukannya yang mungkin terlalu sibuk akan melayan permasalahanku ini.

Akhirnya aku mendapat emel Y Bhg Dato' Teh Kean Ming, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan dan Pengarah Kumpulan IJM dan terus mengirimkan emel pada beliau serta merayu sekiranya beliau sudi menyelesaikan permasalahanku ini. Sesungguhnya aku agak ragu - ragu emelku akan dijawab. Namun tekaanku meleset kerana dalam tempoh dua hari, Y Bhg Dato' KM Teh menyahut emelku menerusi pesanan ringkasannya dengan berjanji akan berusaha membantuku serta berpesan untuk menghubunginya sekiranya timbul sebarang permasalahan lain.

Bermula dari situ, Pengurus Besar IJM Cawangan Pulau Pinang mulai menghubungiku untuk membantu.  Aku juga kerap menghubungi Y Bhg Dato' KM Teh beberapa kali meminta pertolongannya sehinggakan kekadang melebihi waktu kerja namun beliau begitu tenang dan komited serta tidak pernah mengabaikan panggilanku untuk membantu. Sehingga  ke satu peringkat beliau meminta aku menghantar dokumen yang tertentu padanya untuk bertindak selanjutnya. Aku berkali - kali memohon maaf pada beliau sekiranya aku mengganggu jadual ketatnya namun beliau menjawab adalah tugasnya untuk membantu menyelesaikan masalahku.

Pihak bank dan peguam rumah terkejut dan tertanya - tanya bagaimana aku boleh berhubungan dengan Y Bhg Dato' KM Teh di dalam perkara ini sehingga mereka melihat dan mendengar perbualanku dengan beliau dihadapan mereka serta pernah memberi pegawai bank tersebut bercakap beliau dengan bagi mencari jalan penyelesaian bagi permasalahanku. Aku hanya mampu tersenyum kerana aku tiada jawapannya.

Akhirnya dengan bantuan YB Dato KM Teh, segala urusan dokumentasiku dapat diselesaikan dan pihak bank terus melepaskan segala pembayaranku yang tertangguh serta secara tidak langsung begitu juga permasalahanku yang lain.

Sesungguhnya aku amat berterima kasih pada YBhg Dato KM Teh diatas keprihatian dan komtimennya di dalam membantu menyelesaikan masalahku walaupun beliau yang berkedudukan tinggi didalam organisasi yang terkemuka di dalam dan luar negara sedangkan siapalah aku yang kerdil serta tidak pernah dikenalinya.

Aku kagum sikap dan ciri kepimpinan yang ditonjolkannya sebagai seorang pemimpin. Itulah yang sepatutnya ditunjukkan oleh mereka - mereka yang berpangkat, berprofil dan berkedudukan tinggi dimana sahaja mereka berada. Aku bukannya sengaja mengangkat - angkat Y Bhg Dato' Teh kerana menyelesaikan masalahku tapi kerana aku berpengalaman dengan individu - individu yang bergelar Datuk dan berjawatan tinggi.

Bukannya panggilan aku akan dijawab malah pandang pun mereka tidak sudi atau 'tak da masa nak layan.......'. Paling teruk pun aku kira mungkin pegawai bawahan akan cuba membantu.

Sehingga kini aku masih dan akan terus mengirim ucapan selamat tahun cina setiap tahun pada Y Bhg Dato' KM Teh dan seperti biasa beliau akan tetap membalasnya dengan ucapan selamat untuk kami sekeluarga.

Terima kasih Dato' kerana mengajar aku erti kepimpinan yang berkualiti.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN