Sikap Biadap Kapten Kapal MV Kota Jelita

Aku menaiki kapal tersebut yang panjangnya 179 mtr dan draft 7.4 mtr pada pukul 2.30 pagi bertarikh 5hb Mac 2015 untuk keluar dari NBCT # 4 menuju ke Utara. Apabila aku tiba  di dalam anjungan, aku  mengucap selamat pada kaptennya yang berbangsa Poland  yang menujukkan tiada langsung sebarang hormat pada diri aku dan dibalas dengan ucapan, ' i am not good...i could not sleep'. Aku hanya tersenyum tapi dibalas lagi olehnya  dengan ucapan, ' Dont laugh..it is not a joke!'. Lantas aku bertanya pada beliau, 'Why you cannot sleep?'. Malangnya beliau menjawab dengan nada marah,'This is BULLSHIT!!!'.

Aku terdiam dan tercabar dengan kebiadapan beliau namun meneruskan pemaliman aku membawa keluar kapal tersebut kerana tidak mahu menimbulkan sebarang pemasalahan pada semua pihak yang terlibat di dalam proses pemaliman ini. Sepanjang perjalanan tersebut, tiada langsung aku ditawarkan sebarang minuman buat menghilangkan dahaga. 

Kebiadapan beliau makin menjadi - jadi apabila mengganggu perancangan pemaliman aku untuk membawa masuk kapal MV Wan Hai 317 yang panjangnya 213 meter dan draft 9.2 meter pada pukul 4.00 pagi. Bagi mengelak sebarang salah faham atau keraguan sehingga boleh mengganggu gugat keselamatan kedua - dua kapal, maka aku telah mengarahkan MV Wan Hai 317 untuk menghentikan engin dan hanyut sementara menanti kehadiran saya.

Aku benar - benar tidak puas hati dengan kebiadapan sikap kapten MV Kota Jelita dan tidak berminat untuk memalimkannya lagi sekiranya ia kembali ke Penang Port bersama kapten berbangsa Poland ini.  Ketika menuruni kapal tersebut di boya 1, aku sempat berkata pada pegawai yang mengiringi aku, ' this is the worse ship i had never piloted before throughout my pilotage experience where no single drop of water offered to me and the rudeness of your captain' s behaviour is unacceptable. I shall make a report on it.......'. 

Aku terus menaiki bot, FM 2 tanpa menunjukkan sebarang isyarat tangan sebagai terima kasih dan terus beredar menuju ke kapal MV Wan Hai 317 yang sedang menantiku
.
Apabila aku menaiki kapal tersebut, aku memohon maaf kerana kekeliruan yang timbul, nmaun kapten MV Wan Hai 317 tersenyum lebar sambil berkata, 'It s okay, Mr Pilot, it is small matter and only takes 10 minutes for us to be on track again.....' 

Aku terus memalimkan kapal tersebut hingga selesai pada pukul 5.30 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN