Suara'KU'

Aku terhenti. Pukulan dihati kecilku terasa pedih sekali. Aku bingung. Aku pandang kebelakang. Memoir lama bermain difikiran. Segar. Bagaikan semalam kejadiannya. Aku gembira. Aku bahagia. Kerjayaku dihargai. Percakapanku dihormati. Penghasilanku dipuji. Duniaku indah bagaikan tjada pengakhirannya.



Kini semuanya berlainan. Aku pandang sekeliling. Aku terkelu. Penyesalan mulai bersarang dihati. Segala percakapanku tiada dipandang bagaikan menumpang melepas lelah. Aku diherdik. Aku disakiti. Sedangkan aku tiada berdendam bermusuhan. Aku kebingungan. Air mata hati kecil mulai terhasil. Menyentap emosiku. Ketenanganku mulai tercalar. Suara suara yang kedengaran dari pelbagai arah bagaikan lembing - lembing berterbangan menusuk kalbu. Walaupun yang muncul membawa kebaikan namun kini terpelihat kehitaman semuanya.



Aku dipersimpangan jalan. Perlukah aku meletak segala persenjataanku dan keluar dari perjalanan ini atau berterusan berjalan bersertakan sabar dan ketenangan menempuh duri dugaan yang mendatang. Aku kebingungan lagi. Kesedihan mulai menyerang hati. Air mata menitis meluah kepedihan jiwa. Aku tercari cari kunci penyelesaian. Aku mengamit dan melambai tangan meminta yang lalu menghulur bantuan namun tiada yang sudi berhenti sejenak menghulur tangan kerana terlalu sibuk menjaga diri dijalanan sendri.



Aku tersentap. Aku tersedar. Kedengaran pesanan bahawa kesabaran dan ketenangan adalah sebaik baiknya jalan. Aku tercari cari namun tiada ketemu puncanya yang telah menyuntik kebangkitan semangat untuk meneruskan perjalanan yang penuh duri dijalanan. Terlupanya aku. Itulah suara dalaman AKU.......

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN