Bolehkah kita menerima teguran?

Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung cara pengawalannya. Namun, walau setinggi mana pun egonya, teguran perlu diterima sekiranya ianya membawa kebaikan.

Yang menegur juga perlu memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan dilabel sebagai “Cakap tidak serupa bikin”. Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah, “bagai ketam mengajar anak berjalan lurus”. Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.

Sebelum membuat teguran atas apa jua alasannya, beberapa perkara perlu diambil kira:
 
  -   Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur

  -   Waktu yang sesuai untuk menegur

  Memahami kedudukan orang yang ditegur

  - Cara teguran perlu berhikmah

  - Bukan sengaja mencari-cari kelemahan  menegur seseorang

  - Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya
 
Walau bagaimanapun, hakikatnya kemampuan hanya berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, terpulanglah jua pada sipenerimanya. Oleh yang demikian, tidak perlu kekecewaan bersarang dihati andainya teguran tiada diterima.
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN