Siapa peduli?

'Jam ditangannya dibeleknya berulang kali. Mata liar melihat sekeliling. Mulutnya berkumat kumit seolah - olah berkata sesuatu.Sekali - sekala tangannya mengesat peluh didahinya walaupun berada dikereta yang dimaksimumkan air-connya. 'Apa nie....dah 10 sepuluh minit tunggu.....bagi chancelah orang jalan...' terlantur keluar rungutan dari mulutnya. Dia cemas kerana bimbang akan lewat tiba disekolah anaknya nanti. Keretanya berada dipersimpangan jalan untuk menyeberangi jalan utama namun terhalang dengan kesesatan dijalan tersebut. Pemandu - pemandu kereta lain yang berada dilaluan jalan utama seolah - olah tidak 'nampak' keretanya yang memberi isyarat untuk membelok dan berterusan bergerak tanpa memberi sebarang laluan. Dia mulai kehilangan kesabaran. Jari - jemarinya  mulai bermain - main dengan high beam dan hon kereta berulang kali meminta supaya diberi laluan untuk membelok namun tiada yang bertolak - ansur memberhentikan kereta......'
 
Adakah anda pemandu kereta tersebut atau salah seorang dari pemandu - pemandu kereta yang berpura - pura tidak sedar akan kehadiran kereta lain? Inilah scenario yang sedang terjadi di dalam kehidupan seharian kita. Dalam 20 buah kereta mungkin akan ada sebuah kereta yang bertimbang rasa untuk menghentikan keretanya bag memberi laluan kepada kereta lain.
 
Mengapakah ini terjadi? Ini adalah kerana disiplin yang lemah menyebabkan ramai pemandu mengabaikan undang-undang di jalan raya dan tidak bertimbang rasa langsung. Misalannya seperti ketika lampu isyarat merah, terdapat beberapa yang memilih untuk mengabaikannya dan sekaligus melanggarnya. Telah banyak berlaku kemalangan-kemalangan maut akibat daripada tindakan melanggar lampu isyarat merah ini.
 
Kemalangan berlaku setiap hari. Sikap kesedaran sivik sememangnya rendah seakan - akan mengecewakan.
 

 

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN