Bapa Mertuaku Kapten Md Hussian Bin Md Khan

Aku sedang bersiap2 di dalam surau untuk melaungkan azan solat Isyak apabila dimaklumkan beliau sedang nazak. Aku segera bergegas menuju kerumahnya di Taman Brown dan sepanjang perjalanan,  hanya mampu berserah padaNya seandainya tiada berkesempatan bertemunya buat kali terakhir. Segala nasihat, pesanan dan kenangan bersama beliau mulai berlegar - legar di dalam kepalaku.

Namun beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dua minit lebih awal sebelum ketibaanku. Aku terduduk berdekatan dikepalanya sambil jari - jemari mengusap rambutnya kesayuan. Aku menatapi wajahnya sambil fikiran jauh melayang mengenangkan segala kenangan bersama beliau. Aku menarik nafas panjang dan ketenangan yang menyelami hatiku, aku redha akan pemergiannya pada tanggal 28hb Ogos 2014.


Pelbagai kisah suka duka sepanjang kehidupannya diceritakan padaku sehingga aku pernah bersuara untuk membukukannya agar ianya berkekalan untuk tatapan semua. Beliau bersetuju dan meminta agar disegerakan kerana pernah ada seseorang dari universiti tempatan telah merakamkan perceritaannya untuk dibukukan namun tiada perkhabaran sehingga kini. Namun aku agar terkilan kerana tiada tercapai perancangan dihati akibat halangan dari pihak ketiga yang merasakan perkisahan ini hak mutlak mereka. Terpendam jua hasrat dihati. Terasa agar kecewa jua kerana perkisahannya terhenti dan tersimpan begitu sahaja. Untuk penulisan disini aku turut berhati - hati bermain kata agar tiada tertimbul persalahan faham buat semua piihak.

Pelbagai kisah diceritakan bermula dengan kisah sedih ibu  menyaranya bersama adik beradik di  dalam serba kekurangan. Ibu terpanggil diawal usia muda dan peristiwa ini kurang difahaminya  kerana masih  kecil dimana dilompatnya masuk kedalam liang kubur memanggil - manggil ibunya kerana jenazah sedang dikebumikan.

Walaupun ayahnya adalah seseorang yang terkenal dikalangan penduduk  tempatan dan pemerintah serta menjaganya dengan baik bersama adik beradik yang lain, namun jiwa dalamannya tetap memberontak mencari jawapan dan kebebasan.
Beliau pernah menyorok di dalam Menara Jam ini sekitar tahun 50an dizaman kanak - kanaknya bagi mengelak diri dari dikesan oleh mereka yang mencarinya. Pelbagai cara yang dibuatnya untuk menghilangkan diri ketika usia kian meningkat.




Bandar ini bersaksikan dirinya berlegar, bersembunyi dan bekerja mencuci pinggan mangkuk cukup  untuk sesuap nasi.


Stesen keretapi Tanah Melayu Butterworth jua menjadi saksi dimana beliau turut menjadi 'Porter' seketika. Disini jua beliau turut melangkah jauh kehadapan untuk menghilangkan diri ke Singapura.


Disaat mencuri naik keretapi ke Singapura, beliau telah bertemu dengan sekumpulan tentera Ghurka ng dalam perjalanan menuju ke kem mereka dan dari detik itu bermulalah kehidupan barunya.

Pelbagai kisah dan cerita suka dan duka yang terjadi disaat beliau meningkat remaja dimana salah satu di dalam peristiwa dibawah yang menyebabkan beliau menyaksikan pertumpahan darah dan kematian sahabat handai.



Perjalanan pelayarannya bermula seawal usia 16 tahun sebagai deck hand  dan beliau telah mengorak langkahnya yang lebih jauh dengan mengelilingi dunia.




Pernah suatu masa, kapalnya dipukul badai menggila yang amat dahsyat sehingga kapal terlalu terumbang umbing ditengah lautan bersendirian sehingga  krewnya  terlentang kepeningan gila. Berselerakan barang dan keperluan didek namun tiada kemampuan menyimpannya lagi akibat goyangan yang terlalu kuat.




Siapa menyangka beliau berpengalaman belayar bersama kapal ikan laut dalam seperti Deadily Catch' di saluran Discovery Channel. Beliau akui pelayaran tersebut amat merbahaya  namun habuannya amat meberangsangkan.




Setelah jauh perjalanan ke serata dunia, beliau akhirnya berjaya menjadi pegawai kapal dan belayar di perairan berhampiran seperti ke Vitenam dan Indonesia dimana pelbagai kisah terjadi di kedua Negara tersebut seperti perhubungan dengan Viet Kong, pergaduhan bersama tentera Amerika, rampasan kapal oleh lanun dan sebagainya. Beliau terus maju sehingga menjadi nakhoda kapal.







Diakhir kariernya, beliau berpengalaman menjadi Malim / Pilot untuk Pelabuhan Lumut, Port Dickson, Langkawi dan Pulau Pinang.







Aku bersyukur kerana beliau berkesudian menurut ilmu pemalimannya di semua pelabuhan terutamanya di Lumut dan Pulau Pinang. Sehingga keakhir hayatnnya yang berumur 86 tahun  ketika itu masih segar ingatannya tentang seni pemaliman dan kami menjadikannya topik wajib untuk perbincangan kami ketika bersua. Kekadang percakapan kami jauh kedalam dan merangkumi pelbagai isu dimana kami sering bertukar pandangan dan pendapat seperti perancanganku untuk meletak jawatan Presiden Pegawai - Pegawai Kanan Penang Port (SOA). Beliau bersetuju dan mengatakan sudah sampai masanya untuk perletakanku.

Segala nasihatnya selama ini terutamanya dari segi pemaliman amat - amat aku hargai dan kini segala percakapan, nasihat dan suaranya sering bermain - main difikiranku. Kini aku amat terasa kehilangannya sebagai bapa mertua, sahabat baik dan teman berbicara. Aku hanya mampu berdoa ketika menziarahi pusaranya dikalang aku berkemampuan.

Doaku sentiasa memohon semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang - orang soleh. Al-Fatihah.







Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN