Aku dan SOA

Ketika mula bekerja dengan Penang Port, aku samar - samar tentang Persatuan Pegawai - Pegawai Kanan Penang Port atau Senior Officers Associaton (SOA) dan objektif penubuhannya. Tiada penjelasan  atau informasi secara terperinci yang dapat dijadikan rujukan melainkan secara lisan. Aku kurang jelas tentang perkataan "Pengawai Kanan" yang lebih merujuk pada mereka yang telah lama berkhidmat dengan syarikat dan berpangkat dan sememamangnyalah pekerja baru seperti aku tiada kelayakan untuk menyertainya.

Namun, aku agak berminat untuk menjadi ahli berdasarkan pada perjelasan yang diperolehi dari rakan seperjuanganku. Oleh itu, aku mencari mereka yang dipertanggungjawabkan untuk permohonan masuk kedalam SOA. Malangnya tiada siapa yang aku ketemui dan hasratku terpendam sebentar. Tiada langsung usaha yang dilakukan oleh mereka yang beramanah untuk menghasilkan sebarang informasi tentang SOA secara keseluruhannya bagi memcari ahli - ahli baru dan memperjelaskan objektif dan perjuangan. Setelah setahun berlalu, akhirnya aku dapat mendaftar masuk menerusi rakan sepekerjaanku, ketika itu dilantik menjadi AJK SOA dimana beliau banyak memberi informasi tentang SOA. 

Aku tidak pernah terlepas sebarang aktiviti atau mesyuarat agung tahunan  SOA dan pernah sekali aku sanggup berulangalik dari Seberang Perai ke Pulau Pinang untuk mengambil anakku yang telah tamat sesi persekolahan tambahan dan kembali ke bilik mesyuarat SOA untuk mengikutinya sehingga selesai. Aku teruja apabila AJK SOA membuat acara cabutan bertuah walaupun aku tidak pernah memenangi sebarang hadiah. Ketika itu, undian pemilihan AJK tiada sebarang borang undian disediakan atau diedarkan sebaliknya lebih undian tangan yang semememangnya bertentangan dengan perlembagaan SOA itu sendiri. Namun tiada ahli yang membantah. 

Ketika menghampiri bulan Ogos 2009, aku telah diperlawa oleh seseorang untuk bertanding jawatan  Presiden SOA bagi sesi 2009/2010 dimana beliau yakin kepimpinanku di dalam membawa SOA kearah yang lebih cemerlang. Aku tersentak dan amat berterima kasih kerana keyakinannya namum aku kurang pasti kerana aku tidak memegang sebarang jawatan di dalam AJK SOA dan sememangnyalah itu adtelah  termaktub di dalam perlembagaan SOA. Namun beliau  tetap dengan pendiriannya untuk mencalonkan namaku untuk jawatan tersebut.

Ketika tiba masa untuk penamaan calon bagi pemilihan AJK baru di dalam mesyuarat agung SOA, beliau terus bangun dengan penuh keyakinan mencadangkan  namaku sebagai calon bertanding jawatan Presiden SOA dan disokong oleh Tengku Zahri Tngku Mahmud, rakan seperjuanganku walaupun suara ejekan dan ketawa kedengaran dikalangan ahli. Akhirnya aku kalah bertanding jawatan Presiden namun aku telah diplih menjadi AJK SOA sesi 2009/2010. Sememangnyalah proses penamaan  dan undi angkat tangan ini adalah  bertentang dengan perlembagaan SOA namun tiada ahli yang membantah.

Setelah selesai mesyuarat tersebut, aku berterimakasih pada insan diatas keyakinannya padaku walaupun ada suara ejekan dikalangan ahli. Beliau yakin ini adalah landasan untuk aku memimpin SOA disuatu hari nanti. Disini jua sudah ternampak sikap sesetengah ahli yang bergelar pegawai dan mempunyai pengalaman bekerja melebihi 15 tahun yang berfikiran negatif, kebolehan mengkritik dan merendah - rendahkan  orang lain tanpa menilai diri sendiri. Apakah yang suka menngkritik orang lain itu sudah pernah memimpin SOA atau sudah terbukti kepimimpinnya? Apakah hak mereka untuk mengkritik orang lain? Apakah dengan perkhidmatan selama 20 - 30 tahun di Penang Port sudah membukitkan kehebatan mereka sehingga membolehkan mereka untuk menghakimi dan menghukum seseorang? Apakah kebolehan, kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka membolehkan untuk berterusan mengejek kemampuan orang lain?

Pada 7hb Ogos 2010, SOA telah mengadakan mesyuarat agungnya dan perlantikan ahli majlis eksekutif bagi sesi 2010/2011 telah dilaksanakan  dimana aku akhirnya dipilih sebagai Presidennya. Proses pernamaan kali menggunakan kertas undi namun masih tidak menepati kehendak perlembagaan dan tiada ahli yang membantah.

Dalam mesyuarat pertama sesi 2010/2011 yang diadakan pada pukul 10.30 pagi, 17hb Sept 2010 di Bilik Mesyuarat Tkt 5, NBCT dan pertama kali aku mempengerusikannya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli majlis eksekutif yang hadir pada mesyuarat pertama exco SOA sesi 2010/2011 dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan sebagai exco  SOA sesi 2010/2011.

Aku mengingatkan semua ahli Exco bahawa perlantikan ini adalah suatu amanah dan ianya merupakan kerja sukarela. Oleh itu, jangan mengharapkan sebarang pembalasan semasa perlaksanaan kerja yang bersangkutan dengan SOA.

Aku menegaskan bahawa setiap mesyuarat harus dilaksanakan dalam tempoh yang singkat dengan menenuhi semua objektifnya kerana setiap ahli Exco mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dijalankan dan diharapkan setiap ahli Exco akan bekerja sebagai satu pasukan di dalam melaksanakan perancangan untuk  mencapai objektif SOA. 

Sejak dari saat itu, aku berterusan bergerak dengan niat yang satu bersertakan keikhlasan melaksanakan  pelbagai perkara untuk kebaikan semua ahli termasuk mendapat bilik  untuk SOA kerana sudah bertahun  lamanya SOA tiada bilik untuk beroperasi, mesyuarat dan sebagainya. Perhatian juga diberikan pada  bonus  tahunan, kenaikan gaji, CA dan sebagainya. 

Aku bergerak dengan sahabat - sahabat yang banyak membantu seperti Fadzil, Ruslan, Norazman, Dr Zambri, Cikgu Aziz, Haji Noor, Haji Rawana dan sebagainya dari segi perhubungan politik untuk menghubungkait dengan pihak kerajaan seperti YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan sebagainya untuk pengiriman surat rasmi dan memorandum demi kebaikan semua ahli.

Sepanjang tempoh kepimpinanku, aku telah pergunakan kemahiran dan kemampuanku dan dengan sedaya upaya yang termampu untuk memenuhi kebajikan ahli secara keseluruhan dan  tidak ada sebarang cubaan untuk menyalahgunakan amanah ini untuk memenuhi kepentingan diri, individu atau kumpulan. Setiap tindakan, perbuatan, perbualan dan keputusan berasaskan perjuangan SOA. Pelbagai cara digunakan untuk berkomunkasi sesama AJK agar sedia maklum perjalanan dan arah tuju SOA menerusi perjumpaan dan mesyuarat AJK yang diminitkan mengikut peraturan yang tersedia ada serta pengiriman pesanan ringkas (SMS) yang sentiasa dikirim untuk perolehan maklumat terkini merangkumi perlbagai isu dan perkembangan yang membabitkan kebajikan ahli.

Setiap langkah, tindakan dan perancangan ini telah dilaksanakan secara berperingkat – peringkat untuk memastikan kebajikan semua ahli sentiasa terpelihara merangkumi pelbagai isu yang membabitkan pihak pengurusan terutama pihak Dato’ MD dari segi perolehan maklumat sehinggakan kami berkomunkasi tanpa batasan masa.

Untuk menjamin kebajikan ahli sentiasa terperlihara terutamanya warga Penang Port secara keseluruhannya , pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk penyerahan tangan surat rasmi SOA pada YB Timbalan Perdana Menteri sendiri ketikan kunjugan beliau ke Pulau Pinang pada 27hb April 2012. Pihak Exco SOA juga telah mengirim surat rasmi pada YB Perdana Menteri dan Tun Mahathir Mohamed agar isu kebajikan ini menjadi besar dan mendapat perhatian sewajarnya dari semua pihak yang berkenaan terutamanya pihak – pihak luar yang cuba mempolitikkan isu Penang Port. Oleh itu, pihak Barisan Exco SOA juga telah bertindak menimbulkan isu yang membabitkan kebajikan ahli dan warga Penang Port yang dirasakan teraniaya dengan sikap pihak yang terbabit melalui media massa tanpa memberi sebarang komen atau penyataan yang berbau politik.

Pada 21hb Februari 2013, Barisan Exco SOA berpeluang mengadakan sesi perjumpaan dengan pihak kementerian Kewangan yang diwakili oleh Yang Bhg.  Dato’ Dr Mohd Isa Hussian, Timbalan Setiausaha, Bahagian MKD & Penswastaan dan wakil Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd untuk membincangkan  isu – isu berkaitan pengambilalihan Penang Port. Secara keseluruhannya Seaport, bakal pengurusan baru telah  menyakinkan bahawa warga Penang Port akan terus menikmati gaji dan manfaat sediada termasuk gratuiti dan sebagainya. 

Untuk menjamin kebajikan ahli dan warga Penang Port secara keseluruhannya sentiasa terperlihara seperti pemberian bonus, intensif, kenaikan gaji dan sebagainya,  pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk perjumpaan serampang dua mata dengan pelbagai pihak termasuk pihak PERKASA , Yg Bhg Tan Sri Nor Mohamed Yackob dan penyerahan tangan akan surat rasmi SOA kepada YAB Perdana Menteri Malaysia menerusi Yg Bhg Tan Sri Mohamed Yackob.  Adalah diyakini agar suara kebajikan SOA ini akan menjadi besar dan mendapat perhatian sewajarnya dari semua pihak yang berkenaan terutamanya pihak – pihak luar yang cuba mempolitikkan isu Penang Port selama ini.

Bagaimanapun, segala usaha dan kepayahanku dibalas dengan makian dan kutukan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mereka yang bergelar pegawai. Pelbagai cara digunakan untuk menghina dan mengkritik diriku seperti salah satunya yang dihantar pada semua pekerja Penang Port termasuk pihak pengurusan.

Sepanjang penghinaan dan kutukan yang dilemparkan padaku dikala memegang jawatan presiden dan berterusan mencuba berbuat terbaik untuk semua, tiada ahli yang tampil untuk membela atau mempertahankan diriku sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri atau tidak memberi sebarang komen. Ada yang lebih sudu dari kuah dan bertelur sebiji riuh sekampung.  Sekitar tahun 2012, sebelum mesyuarat agungnya diadakan, ada tindakan secara konpirasi untuk mendapat sokongan majoriti ahli bagi menurunkan aku dari jawatan Presiden dengan pelbagai alasan sehingga ada yang menyentuh keperibadianku. Sehingga aku pernah bertanya pada seseorang yang meminta aku mengubah cara pendekatan  agresifku untuk terus memimpin SOA, apakah keistimewaaan ahli - ahli SOA sehingga aku mesti berubah kerana mereka? Siapakah mereka sehingga mesti aku mengikut kehendak mereka? Aku bertegas dengan ketetapan peganganku. Aku berjuangan berseorangan. Aku pasrah. Aku letakkan segala keburukan pada tempatnya. Aku memilih untuk bersabar dan meneruskan perjuanganku. Aku terus memimpin SOA lagi.

Pada Ogos 2013, SOA telah mengadakan mesyuarat agungnya dan perancangan awal kebanyakan AJK termasuk aku tidak mahu lagi menyandang jawatan dan berpendapat muka - muka baru perlu meneruskan aktiviti - aktiviti SOA seterusnya. Namun, tiada yang mahu menyandang jawatan Presiden sehingga seseorang datang kerumahku bersama borang penamaan calon memujuk agar aku terus memimpin SOA. Aku termenung. Berfikir sejenak. Demi kebaikan semua, aku pasrah. Aku terima sekali lagi untuk memimpin SOA. Untuk proses pemilihan AJK kali ini, SOA telah bergerak selangkah hampir selari dengan perlembagaan SOA walaupun ada beberapa kecacatan yang perlu dibaiki seperti teguran pihak Jabatan Kesatuan yang menganggapnya sebagai masalah kecil. Namun amat malang sekali ada ahli sudah mengirim surat bantahan pada pihak Jabatan Kesatuan  mengenai proses perjalanan mesyuarat SOA dan memohon dibatalkannya dimana aku dan Puan Setiausaha telah disoal jawab selama 3 jam dan akhirnya mesyuarat ini dianggapkan sah mengikut perlembagaan persatuan.

Perjumpaan pertama pihak SOA dengan pihak Seaport, pihak pengurusan Penang Port baru yang diketuai oleh Datuk Sidek sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan pada 9hb January 2014, hari Khamis dan pada pukul 11.30 pagi di Bilik Mesyuarat Ibu pejabat Penang Port adalah amat baik untuk semua ahli. Lanjutan dari itu, aku berterusan berhubungan dengan Datuk Sidek untuk mengekalkan perhubungan dengannya. Aku sering bertemu sua bersama beliau untuk berbincang demi kebaikan kedua - dua pekerja dan pengurusan Penang Port. 

Apakah daya usaha yang dijalankan dibalas dengan kata kutukan dan makian oleh mereka yang tiada berpuas hati dengan cara pergerakanku. Setimpalkah kutukan yang aku terima seharian tanpa bayaran sesen pun untuk kerja usahaku selama ini? Luahan kata - kata seseorang yang berbunyi' kesian kat kat capt jugak, ke hulu hilir, takda orang appreciate apa capt buat......' bagaikan kunci yang membuka pintu yang tertutup rapat selama ini.

Aku tersedar. Aku terhenti sebentar. Aku merenung dan berfikir. Aku berbincang dengan pelbagai pihak memohon pendapat. Akhirnya aku meletak jawatan sebagai Presiden SOA dan ahli biasa pada 25hb Mei 2014 dan penyerahan surat perletakan jawatanku di dalam mesyuarat AJK SOA yang diadakan pada 27hb May 2014. Keputusanku muktamad. Aku tidak berminat untuk kembali memimpin. Aku berbangga kerana aku sudah buat yang terbaik secara keseluruhannnya pada semua dan hanya 3 orang sahaja yang tampil dengan ucapan jutaan terima kasih diatas perjuanganku selama ini. 

Malangnya ada ahli yang menyatakan perletakan jawatanku tidak sah dan bagaikan satu usaha untuk aku berterusan memimpin lagi. Bagiku perbuatan dan percakapan serta pertuduhan ini tiada rasa hormat dan penghargaan diatas apa yang telah aku perjuangkan serta tidak memahami perlembagaan SOA. Persoalanku, apakah yang telah aku buat selama ini sekiranya tindakanku dipertikaikan? Apakah kedudukanku sebagai Presiden dimata mereka? Cukup. Cukup kata hati aku. Aku redha dan pasrah keatas apa yang telah terjadi dan tidak mungkin aku akan memimpin SOA lagi. Biar ia tinggal sebagai salah satu dari lipatan sejarah di dalam hidupku. Aku bangga kerana aku telah terbukti membuat yang terbaik untuk semua. Aku tersenyum puas. Aku dan SOA.......


Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN