Sekolah Menengah Hamid Khan : Pengalamanku

Aku terkaku sebentar apabila menerima surat dari Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa aku ditempatkan di Sekolah Menengah Hamid Khan untuk tingkatan 1 tahun 1981. Sekolah tersebut yang berada lebih kurang 2 km dibelakang rumahku dimana abang keduaku, Isyak berada di tingakat 3 ketika itu. Aku terdiam bukan kerana aku takut atau tidak mahu ke sekolah tersebut namun terasa kehilangan kawan - kawan sepermainan sekolah rendahku yang kebanyakannya ditempatkan di sekolah menengah yang berdekatan dengan rumah masing masing.

Aku maklumkan pada bapaku akan perkara tersebut dan beliau hanya tersenyum mendengarkannya kerana bersangkakan aku akan ditempatkan di sekolah menengah yamg lain. Pada suatu petang pada penghujung bulan Disember 1980, bapaku te
ah membawa aku ke sekolah tersebut untuk urusan pendaftaran masuk dan setelah selesai pendaftaran tersebut, ketika sedang turun tetangga, bapaku hampir tergelincir dan apabila beliau dapat menimbangi badannya semula, beliau mengeluh' Pelik betui sekolah nie...'. Aku tak faham ungkapannya namun aku sedar beliau agak sedikit kecewa kerana aku tidak dapat menyambung pelajaran di sekolah menengah yang lebih baik dan terkenal yang boleh menjadi kebanggaanya. Mungkin penempatan abangku di sekolah tersebut sudah dirasainya tambahan pula aku juga dimasukkan di sekolah yang sama.

Aku tidak menyalahinya kerana mungkin maklumat atau  prestasi Sekolah Menengah Hamid Khan ini belum lagi terserlah untuk dibanggakan oleh sesiapa tambahan pula ianya baru dibuka pada tahun 1977.

Seminggu sebelum sesi persekolahan bermula, segala persiapan pakaian seragamku sudah siap tersedia. Aku disuruh bapaku agar sendirian menyiapkan buku buku sekolahku. Maka aku pun berulang alik ke sekolah tersebut membeli dan segala buku teks, latihan dan dan alat tulis dengan merujuk pada senarai buku untuk tingkatan 1. Ketika aku membeli buku buku tersebut di kedai buku sekolah, aku dilayani oleh bekas pelajar SM Hamid Khan yang yang bermungkinan sedang menunggu keputusan peperiksaan ataupun panggilan penyambungan pembelajaran.

Tahun baru 1981 disambut olehku dengan debaran untuk mengharungi pengalaman dan persekitaran baru. Pada 1hb Januari 1981, pukul 12.30 tengahari, aku melangkah longlai menuju ke sekolah baruku. Ketika aku berjalan, kenampakan pelajar - pelajar sesi petang termasuk bangsa cina, melayu dan india samada berjalan sendirian, berreman dan berkumpulan menghala kearah Sekolah Menengah Hamid khan. Pakaian seragam sekolahku yang baru seolah olah menggeselkan badan dan leherku sehingga menimbulkan sedikit keresahan dan ditambahi pula peluh mulai membasahi badan dan dahiku. Perjalanan yang hanya selama 10 minit terasakan bagaikan setengah jam.

Akhirnya aku sampai di pintu pagar sekolah dan terus aku melangkah masuk menuju ke kawasan pengumpulan seperti yang tertera pada surat yang diterima untuk tujuan pembahagian kelas dimana aku dimasukkan di dalam kedalam kelas 1 ungu. Ketika menghampiri kawasan tersebut aku lihat sudah ramai pelajar pelajar sedang berdiri beramai ramai sambil rancak berbual. Kelihatan kelimbat beberapa orang guru mundar mandik menjalankan tugasan mereka.

Aku terusan mencari cari kelas 1 Ungu untuk masuk kedalam barisannya. Kedengaran arahan guru guru kelas yang berkenaan mengarah pelajar pelajar agar berbaris dengan elok mengikut kelas masing masing. Apabila sudah pasti mendapat barisan 1 Ungu aku pun terus berdiri bersama. Aku tercari cari dikalang pelajar pelajar seandainya ada sesiapa yang kenal namun semuanya muka baru untukku.

Tepat pukul 1.30 petang, loceng sekolah pun berbunyi menandakan permulaan sesi persekolahan petang. Aku terjingkat jingkat mencari suara ucapan alu aluan melalui pembesar suara namun tidak dapat melihat kerana terhalang dengan barisan pelajar pelajar lain.

Akhirnya kedengaran arahan bergerak masuk ke dalam kelas dengan dipimpin oleh guru kelas masing - masing. Aku pun ikut bergerak setelah barisan kelasku mulai berjalan. Perlahan lahan kami bergerak masuk melalui koridor bangunan sekolah dan menyusuri peelahan lahan melepasi dari sebuah kelas ke kelas yang lain. Setelah sampai dipintu kelas, kami pun diarah oleh untuk masuk dan pilih tempat duduk masing masing. Aku pun titidak melepaskan peluangku untuk kedudukan dimana barisan no lima dari hadapan dan ditengah tengah kelas. Bersebelahanku adalah Gan iaitu orang yang pertama menjadi kawanku sehingga hari ini. Begitu juga aku terpandang seeorang yang bernama Andrew Lim Wooi Kok yang menjadi turut kawanku sehingga kini.

Dikala aku sedang berbual dengan Gan, beliau mengatakan beliau terpaksa masuk ke kelas remote ini kerana.....aku tersentap.....jantungku berdengup laju....rupanya aku tersilap masuk kelas kerana ini bukannya kelas 1 Ungu. Aku tergamam dan Gan yang perasan peeubahanku terus bertanya mengapa aku terdiam. Aku lantas memaklumkannya bahawa aku sudah tersilap kelas. Dengan itu Gan mencadangkan aku mesti beredar sekarang untuk mencari kelas 1 Ungu. Aku lantas lari keluar dan tercari cari kelas 1 Ungu. Akhirnya aku mencari guru bertugas untuk mencari kelas dan aku dimaklumkn bahawa aku adalah ditingkat 2. Aku berlari terus menuju ke kelas dan apabila sudah menjumpainya aku langsung masuk dan duduk ditempat sambil menarik nafas lega. Itulah kenanganku semasa permulaan tingkatan 1di sekolah ini 32 tahun yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN