UCAPAN PRESIDEN PERSATUAN PEGAWAI - PEGAWAI KANAN PENANG PORT UNTUK AGM KE 55


Tuan – tuan& puan – puan sekalian,
Assalammualaikum WB & salam sejahtera, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Pada 21hb Februari 2013 yang lalu, Barisan Exco SOA berpeluang mengadakan sesi perjumpaan dengan pihak Kementerian Kewangan yang diwakili oleh Yang Bhg.  Dato’ Dr Mohd Isa Hussian, Timbalan Setiausaha, Bahagian MKD & Penswastaan dan wakil Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd untuk membincangkan  isu – isu berkaitan pengambilalihan Penang Port. Diawal perjumpaan tersebut, saya ditanya oleh Dato’ Dr Isa berapakah jumlah ahli SOA dan   beliau agak terkejut dengan jumlah kita sebanyak 137 orang sahaja dimana jangkaannya adalah sebanyak 1,300 orang. Namun, saya menegaskan biarpun jumlahnya  kecil tapi berkualiti, berkemahiran dan setia melaksanakan pelbagai perancangan strategik syarikat selama ini tanpa sebarang bantahan atau demostrasi. Sememangnya kita mengalu – alukan pengswastaan oleh pihak Seaport dan bersedia untuk berterusan memperkasakan ilmu dan kemahiran untuk mencapai kejayaan yang lebih dominan bagi menaikkan Penang Port sebagai pelabuhan unggul bertaraf antarabangsa.
Tuan – tuan dan puan – puan yang dihormati sekalian,
Lanjutan dari perjumpaan tersebut, kami juga memperbincangkan pelbagai isu seperti berikut:
1) Perkenalan diantara barisan Exco Persatuan Pegawai - Pegawai Penang Port, pihak MOF dan Seaport Terminal untuk perjalinan perhubungan yang lebih terbuka
2) Isu Pengswastaan
3) Hala tuju Penang Port 
4) Pembayaran bonus/intensif
5) Perancangan MOF terhadap pekerja Penang Port
6) Lain - lain isu / perkara yang mungkin ingin dikemukakan dan diperbincangkan oleh barisan Exco SOA 

Oleh itu, rumusannya dari perjumpaan ini adalah pengswastaan Penang Port tetap akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan walaupun tiada kepastian tarikh sebenar pengambilalihannya. Pihak Seaport menyatakan bahawa hala tuju syarikat dan sebagainya adalah lebih sesuai untuk diperbincangkan selepas pengambilalihan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul.  
Disamping itu,  pihak Seaport menyakinkan bahawa warga Penang Port akan terus menikmati gaji dan manfaat sediada termasuk gratuiti dan sebagainya. Oleh yang demikian, warga Penang Port  tidak harus gusar dan bimbang akan proses pengswastaan ini.
Lanjutan dari itu, saya juga ingin sampaikan pesanan Dato’ Dr Mohd Isa kepada semua pegawai – pegawai Penang Port yang dikirimkan melalui emel pada hari Rabu, 22hb Ogos 2013 yang berbunyi seperti berikut:
‘Pertama, harap semua peg dapat memberi sokongan padu kpd new shareholders. Kedua, semua pegawai perlu komited dan tunjukkan amalan high performace corporate culture didalam sykt demi kebaikan bersama. Tqvm’ 

Tuan – tuan& puan – puan sekalian,
Untuk menjamin kebajikan ahli dan warga Penang Port secara keseluruhannya sentiasa terperlihara seperti pemberian bonus, intensif, kenaikan gaji dan sebagainya,  pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk perjumpaan serampang dua mata dengan pelbagai pihak termasuk pihak PERKASA , Yg Bhg Tan Sri Nor Mohamed Yackob dan penyerahan tangan akan surat rasmi SOA kepada YAB Perdana Menteri Malaysia menerusi Yg Bhg Tan Sri Mohamed Yackob.  Adalah diyakini agar suara kebajikan SOA ini akan menjadi besar dan mendapat perhatian sewajarnya dari semua pihak yang berkenaan terutamanya pihak – pihak luar yang cuba mempolitikkan isu Penang Port selama ini.
Tuan – tuan& puan – puan sekalian,
Walaupun sudah kepastian pengswastaan tetap akan berlaku walaupun tidak diketahui tarikh rasminya pengambilan tersebut, pihak Barisan Exco SOA tetap menjalankan akitiviti – akitiviti yang telah dirancang termasuk perbincangan perjanjian bersama bagi tempoh 2013 – 2015 yang telah hampir selesai untuk dimuktamadkan.
Namun, saya dan semua Barisan Exco SOA ingin memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti – aktiviti tahunan SOA yang lain kerana rempuhan pelbagai  faktor yang tidak dapat dielakkan seperti pilihanraya dan sebagainya.
Namun, diharapkan perlantikan baru Barisan Exco SOA akan berkesempatan untuk menjalankan perancangan makan malam SOA di dalam tahun ini juga kerana diyakini tiada lagi faktor luaran yang akan mengganggu perancangan tersebut. 
Tuan – tuan& puan – puan sekelian,
Hari ini adalah hari pemilihan Barisan Exco SOA yang baru untuk meneruskan tradisi perjuangan SOA seterusnya dan yang paling utama ialah di dalam menempuh cabaran  pengswastaan dan pengurusan baru. Dengan ini, saya menyeru semua ahli – ahli agar berfikirlah sejenak  dan bertindaklah dengan kebijaksanaan di dalam memilih calon – calon yang benar – benar berkelayakan dan komited sahaja untuk menjalankan amanah yang diberikan.
Dengan ini juga saya mengucapkan jutaan terima pada Barisan Exco SOA yang sentiasa berusaha membuat yang terbaik terutamanya Puan Sabariah dan Puan Mahani yang telah banyak membantu dan menyokong perjalanan SOA selama ini serta penyediaan dokumentasi yang kemas yang telah memuaskan hati pihak Jabatan Kesatuan Wilayah Utara.
Kami ingin memohon maaf pada semua ahli sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kegagalan kami di dalam menjalankan tugasan ini kerana sesungguhnya kami bergerak diatas suara majoriti bukannya suara individu yang berkepentingan diri.  Saya juga ingin menyeru pada semua ahli – ahli agar bersatu dan marilah bersama di dalam menempuh pelbagai isu yang bakal mendatang terutamanya isu pengswastaan.
Dengan lafaz, Bismillahirahmannirahim saya merasmikan mesyuarat agung SOA yang Ke-55 ini.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN