Pekerjaan Itu Satu Amanah


Puan,

Saya tertarik dengan kisah topik 'Badan di pejabat, hati di rumah' oleh puan di dalam Utusan Malaysia bertarikh pada 18hb Ogos 2008. Sememangnya itulah sikap dan tabiat manusia tanpa mengira usia dan jantina akan mengambil kesempatan di dalam situasi begini untuk membereskan atau melakukan pekerjaan yang lain yang kekadang melambatkan atau tiada berkaitan langsung dengan kerja yang sedang dilakukan. Sesungguhnya perlakuan ini terjadi disebabkan tiada pemahaman atau kesedaran di dalam diri mereka tentang pekerjaan itu merupakan suatu amanah yang bukan perlu atau suka hati untuk diselesaikan tapi dimestikan menyelesaikannya di dalam tempoh masa bekerja.

Tiada timbul permasalahan tuduh - menuduh atau menang - kalah di dalam diri semua orang seandainya kita benar - benar menyedari akibat dari perbuatan kita yang tidak mengamalkan sikap amanah. Kupasan mengenai akibat ini terlalu mendalam untuk diperbincangkan di sini maka seeloknya kita cuba memahami akan maksud amanah itu sendiri. Sesungguhnya sikap ini perlu diamalkan di mana jua kita berada baik di luar atau di dalam pejabat ataupun di rumah.

Benar kata puan bahawa isu ini serius namun ramai yang terlepas pandang tapi seandainya kita memahami kesan dari kesilapan perlakuan atau perbuatan ini yang tersimpang jauh dari perlaksanaan tugasan harian kita dan dimana kita akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya, kita akan mencuba sedaya upaya untuk kembali ke pangkal perjalanan secara merangkak, berjalan dan berlari. Kita akan mecuba yang baik dan yang terbaik di untuk menjalankan atau melaksanakan setiap tugasan kita tanpa mengira yang kecil, besar, senang atau susah. Sebaliknya kita akan berusaha sedaya mungkin untuk menolong dan membantu kawan sepejabat dan ahli keluarga di dalam menghasilkan pekerjaan yang baik dan terbaik.

Sesunggunya tiada peralatan untuk menarik, melambat, mengembali masa kerana ianya tetap bergerak pantas ke hadapan tanpa memperdulikan kita yang masih terumbang - umbing dibuai ombak melakukan pekerjaan sedemikian rupa. Oleh itu, marilah kita semua kembali memperbetulkan kesilapan dan melakukan yang baik dan terbaik di dalam apa jua pekerjaan kita.

Sekian, terima kasih

Capt Muhd Ismail Mohd Noor


 

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN