Hutang ! Hutang ! Hutang !

Sememangnya kehidupan kita ini setiap saat berlandaskan pada hutang semata - mata. Namun akibat tiada pembayaran balik maka kita alpa dan bersikap lupakan diri. Kita merungut setiap masa, ada sahaja benda atau perkara yang tidak kena seolah - olah dunia ini kita yang punya dan perjalanan kehidupan yang tiada perancangan terbaik menurut pendapat dan kehendak kita sendiri.

Ketahuilah jantung tiada mengeluh barang sesaat namun taat setia setiap menjalankan kewajibannya penuh amanah. Sedarilah akan pernafasan yang tiada berhenti walau sesaat, setia menjalankan pergerakan tanpa keluhan agar badan bernyawa cukup bekalan. Udara yang disedut tiada sebarang pembayaran malah percuma dari hari kelahiran hinggalah ke hari penghabisan perjalanan hidup.

Bayangkan sekiranya apa sahaja yang ada pada kita dikenakan pembayarannya, maka tiada akan kita termampu untuk membayarnya dan dunia kehidupan akan kesunyian tiada yang bernyawa bergerak menjalankan kewajiban seadanya.

Sesungguhnya kita hidup berhutang dan kita terlupa seketika kerana berada di dalam zon kesenangan selama ini. Sesungguhnya yang memberi hutang tiada sedikitpun kerugian malah tiada berkehendak langsung pada kita; hanya kita yang tersangat berkehendak dan terlampau banyak kemahuannya. Sudah diberi diminta lagi malah dirasai tiada mencukupi dan ada sahaja yang tiada mencukupi.

Kita diberi kebebasan untuk bergerak, berkata, berbuat apa sahaja menurut kemahuan kita sepanjang menjalani kehidupan ini sehingga tiba masa penhujungnya. Dimana masanya kita tercungap - cungap kepenatan, kekuatan yang kita banggakan sudah kehabisan, suara kuat kita hilang begitu sahaja. Tulang menulang tergetar - getar memegang badan yang berkedut keletihan. Dikala itu, terdetik hati penyesalan. Terfikir kembali perbuatan dan percakapan yang terlepas sombong, bongkak dan tinggi menggunung. Kekesalan demi kekesalan bersarang dihati menyedari kelancangan diri.

Oleh itu, sebelum kelewatan diri, maka marilah tenangkan diri, kembalikannya pada tempatnya, timbulkanlah rasa kekurangan diri. Tanamkan rasa kesyukuran pada setiap apa yang dinikmati dan diberi walaupun terasa  kecil penganugerahannya. Bersyukur dan bersyukur setiap masa dan bersyukur seadanya.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN