Persiapkan diri untuk mencapai kemajuan

Ungkapan ‘Bloom where you are planted’ yang membawa maksud ‘Berkembanglah di tempat di mana anda ditempatkan(berada)’  merupakan kalimat yang sangat penting dan perlu difahami oleh semua orang didalam sesebuah organisasi bagi mencapai objektif dan matlamatnya secara konsisten dan bertaraf professional. Pendapat tentang ketidakkeberuntungan seseorang itu berada di tempat yang salah atau apa sahaja alasan yang berbau negatif perlu disingkirkan dari  minda mereka yang berkeyakinan diri untuk berterusan memajukan diri sendiri kerana ianya secara tidak langsung turut menjanakan energi positif terhadap keluarga, sahabat handai, tempat kerja dan sesebuah organisasi tersebut.
Persiapkan diri untuk mencapai kemajuan merupakan langkah pertama yang perlu ditempuhi kerana kemajuan itu tidak datang bergolek dengan sendirinya dan perlu diingatkan bahawa setiap pekerja di dalam sesebuah organisasi itu mempunyai bahagian atau tugasan masing – masing yang mesti dijalankan sehingga kemajuan itu dapat diraihkan sepenuhnya. Oleh itu, jangan bermimpi mencapai sebarang kemajuan di dalam apa – apa bidang sekalipun sekiranya berpeluk tubuh tanpa sebarang persiapan untuk melakukan sesuatu pergerakan.
Pergunakan waktu  dengan perancangan yang sebaiknya dan memiliki sesuatu anjakan paradigma bahwa setiap detik berharga kerana kita semua mempunyai waktu 24 jam dan ianya bergantung sepenuhnya pada bagaimana seseorang itu mempergunakan waktu yang ada. Perancangan perlu dilaksanakan dengan pembahagian pekerjaan seperti kategori penting, kurang penting dan sebagainya  didalam jangka masa yang ditentukan secara konsisten, hari demi hari, minggu demi minggu bulan demi bulan dan seterusnya.
Pergunakan waktu terluang sebagainya dengan sebaik mungkin kerana pembaziran waktu pada dasarnya kurang berarti untuk pengembangan diri dan boleh mengakibatkan banyak pekerjaan atau hal lain yang harus dilakukan menjadi terbengkalai.

Pada dasarnya seseorang pekerja itu dapat mempelajari sesuatu pengetahuan dan pengalaman yang berharga jika mempunyai minat dan keinginan untuk maju dan tidak boleh dibatasi dengan alasan kurang pengetahuan, usia, kesihatan, jenis pekerjaan dan sebagainya. Kuasailah pekerjaan sendiri sebelum bergerak untuk menguasai banyak bidang, Janganlah terlalu sibuk mempersoalkan bidang lain atau menaruh perhatian berlebihan kepada bidang lain di luar pekerjaannya, sehingga pekerjaannya sendiri tidak terlaksana dengan baik.
 
Tingkatkan ilmu kemahiran pengurusan, teknikal dan kualiti peningkatan diri secara konsisten kerana ianya sangat penting di dalam pengembangan diri seseorang agar mempunyai wawasan yang lebih luas dan mampu untuk bekerjasama secara lebih baik dengan pelbagai ragam manusia individu dan mampu beradaptasi terhadap perubahan. Bersikaplah terbuka terhadap sebarang perkara - perkara baru atau pendapat orang lain agar dapat menerima sebarang komen atau kritikan  untuk kebaikan bersama  dan menjadikan pemikiran kita lebih terasah dan cemerlang.

Ingatlah perkembangan diri merupakan suatu proses jangka waktu yang cukup panjang dan bukannya boleh dicapai di dalam satu atau dua hari. Oleh itu, janganlah berputus asa sekiranya tidak dapat melihat perkembangan secara nyata di dalam jangka waktu pendek tapi berterusan mencuba secara konsisten agar melihat bahawa apa yang ditanam akan berbuah akhirnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN