Ketenangan Yang Abadi

Di dalam aku mengkaji dan mencari erti ketenangan yang abadi menerusi keilmuan mengenali diri....aku menenangkan diri untuk berterusan mencari ketenangan....aku dibawa dari satu pintu ketenangan ke pintu ketenangan yang lain....jauh aku medalaminya sehingga hanya kedengaran hembusan nafas menghidupkan jasad....aku berterusan dibawa jauh kedalam ketenangan di dalam ketenangan......sehingga aku ters...edar hubunganku dengan dunia sudah terputus....sukar digambarkan susana ketika aku melihat dan merasainya.....umpama tiada lagi isyarat dengan hubungan dunia.....ketika hatiku berdetik berkata, 'matikah aku?' aku kembali semula ke alam duniaku.....aku masih bernafas......aku masih aku.....aku bersujud syukur diatas kenikmatan yang amat terhebat ini yang diberikan walaupun hanya seminit dunia.
 
Kini aku sedar ketenangan yang dicari ada padaku. Tersimpan jauh kedalam jasad. Terletak elok ditempatnya. Aku perlu sentiasa praktis belajar mengeluarkannya agar ianya sentiasa mudah keluar meliputi kesemuaanya. Bagaimanakah caranya? Dimana letak kuncinya? Dimana permulaannya? Bagaimanakah permulaannya?
 
Segalanya terletak pada kunci yang tidak berkunci yang ada pada jasadku.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN