MENJANGKAKAN PERUBAHAN



-Capt Muhammad Ismail Mohd Noor, Presiden SOA

Sesebuah organisasi itu sentiasa berhadapan dengan situasi tertentu dimana ianya memerlukan perubahan dilakukan demi kemajuan organisasi dan sumber tenaga manusia untuk menggerakkan organisasi tersebut.

Di dalam proses peningkatan kemajuan organisasi ini, aspek perubahan perlu dilaksanakan dari pelbagai perspektif bagi memastikan sesebuah organisasi dapat berdiri kukuh dan bergerak sebarisan dengan organisasi maju yang lain di masa hadapan.

Perubahan di dalam sesebuah organisasi itu adalah sesuatu yang tidak dapat dihindari di mana setiap organisasi sudah tentu ingin sentiasa mencuba melakukan yangterbaik bagi mempertingkatkan lagi kualiti dan mutu yang sedia ada di dalam organisasi. Perubahan membawa maksud proses penukaran daripada apa yang sedia ada ke arah kebaikan ataupun sebaliknya secara berterusan. Ini bemakna organisasi akan menukar apa saja yang dirasakan perlu bagi mencipta sesuatu yang lebih baik untuk organisasi ataupun ianya mungkin bolehterjadi sebaliknya.

Secara umumnya, perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi itu berhubungkait dengan matlamat pencapaian peningkatan prestasi yang melibatkan empat kategori utama perubahan, iaitu:

- Struktur Organisasi

Perubahan struktur organisasi melibatkan pertukaran struktur formal yang berkaitan dengan tugas dan hubungan autoriti.

- Produk atau Perkhidmatan

Perubahan dalam produk dan perkhidmatan termasuklah pembangunan produk atau perkhidmatan baru serta pengubahsuaian dan pembaikan kepada produk dan perkhidmatan yang sedia ada.

- Teknologi

Perubahan teknologi berkait rapat dengan pengeluaran dan kaedah-kaedah inovatif untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada bentuk produk atau perkhidmatan.

- Manusia

Perubahan manusia merujuk kepada sikap, kepercayaan atau pegangan, persepsi, kemahiran, asas-asas ilmu, keupayaan dan jangkaan kerja mereka.

Bagaimanpun, organisasi perlu mengiktiraf keperluan untuk perubahan dan perjalanannya secara formal atau tidak yang boleh diperolehi melalui kajiselidik, situasi-situasi tertentu seperti produktiviti, ketidakhadiran dan sebagainya. Persetujuan kumpulan-kumpulan yang terdapat dalam sesbuah organisasi perlu diambil kira agar tidak akan ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap pembaharuan yang cuba dilakukan. Kumpulan ini juga perlu diberi kebebasan untuk menyatakan ketidakpuasan hati sekiranya perubahandijalankan agar ianya boleh diperbaiki terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Walaupun begitu, tidak semua individu atau kumpulan di dalam sesebuah organisasi itu mengharapkan perubahan di mana ianya mungkin mengundang ketidakpuasanhati atau kesusahan kepada organisasi. Hal ini turut membawa kemungkinan negatif terhadap faktor penerimaan daripada kalangan tertentu yang berkepentingan dalam organisasi atau memberikan kesan kepada kedudukannya dalam organisasi.

Secara umumnya, terdapat banyak faktor yang boleh menyedarkan organisasi untuk melakukan perubahan sama ada faktor dari persekitaran luaran atau dalaman organisasi. Faktor-faktor ini berkemungkinan akan memberi masalah atau peluang untuk organisasi menjadi lebih produktif, cekap, berkesan dan berkualiti.

Oleh itu, pemahaman secara keseluruhan akan proses perubahan, reaksi terhadap perubahan, hal-hal tertentu yang harus diperhatikan di dalam proses perubahan, teknik dan cara perlaksanaan perubahan perlu dilakukan secara berefektif terutama oleh pihak pengurusan organisasi dan semua pihak yang terlibat agar perubahan yang dilaksanakan mampu mempertingkatkan prestasi pekerja dan seterusnya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu perubahan amat perlu dilakukan bagi merangsang pertumbuhan dalam organisasi disamping memotivasikan kumpulan yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan organisasi.

Komitmen yang tinggi dari kumpulan di dalam sesebuah organisasi itu juga amat perlu bagi memastikan keberkesanan dan kemantapan perubahan terlaksana seperti yang telah dirancangkan . Budaya kerja berpasukan dan penglibatan semua ahli di dalam sesebuah organisasi itu akan menentukan tahap pencapaian dan maklum balas yang diperolehi daripada perubahan tersebut. Dalam hal ini, sesetengah pihak perlu akur akan keputusan organisasi sekiranya ianya membawa banyak impak positif kepada individu atau kumpulan di dalam organisasi berbanding impak negatif.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN