Komen Penang Port : Apa kata kami ?

Biar apa pun orang luar nak kata, komen, kritik atau cuba jadi hero Penang Port, kami, terutamanya anak – anak melayu yang berkemampuan dengan kapasiti kami tersendiri di dalam menggerakkan Penang Port dan tetap melaksanakan pelbagai perancangan strategik syarikat merangkumi jangkamasa pendek dan panjang di dalam mengekalkan prestasi Penang Port yang telah mencatatkan peningkatan berterusan.

Semangat, kesungguhan dan perubahan budaya kerja kami boleh mencapai kejayaan yang lebih dominan bagi menaikkan Penang Port sebagai pelabuhan unggul bertaraf antarabangsa.

Ianya juga merupakan pintu kejayaan yang terbuka luas untuk kami untuk memahami, mendalami dan memiliki keupayaan dan kemahiran yang bertaraf professional di dalam industri maritim bagi menonjolkan keupayaan kami, di dalam bidang tersebut agar bertapak, berkembang serta kewujudan satu komuniti maritim melayu, terutamanya yang boleh dibanggakan dan mengembalikan nostalgia kegemilangan Pulau Pinang sebagai lubuk pelaut - pelaut Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN