Amalan 5S di tempat kerja

Amalan mengemas dan mengatur tempat kerja merupakan satu amalan yang mungkin menimbulkan perasaan kurang minat di kalangan atau kebanyakan pekerja. Sesiapa yang telah berusaha untuk mencuba displin – displin yang terdapat di dalam 5S ini mungkin mendapatinya agar sukar untuk mengekalkannya secara berterusan. Mungkin kita telah mencuba untuk menyakinkan diri bahawa akitivi pengemasan tempat kerja tidak melibatkan sebarang kos namun secara dasarnya displin – displin mesti atau wajib dipatuhi oleh semua yang terlibat agar amalan ini akan menjadikan susana tempat kerja yang boleh dibanggakan.




Perlaksanaan prinsip “satu tempat kerja untuk semua dan setiap barang ada tempatnya” akan menjadikan ia satu operasi yang seragam atau standard dimana pengurusan tempat kerja secara bebas akan memudahkan lagi penghasilannya. Susana ini akan menimbulkan perasaan bangga dikalangan para pekerja yang secara tidak langsung akan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti.



Konsep 5S merupakan satu pendekatan yang dapat digunapakai untuk memperbaiki dan mengekalkan asas – asas pengurusan secara berterusan. Sememangnya sedar atau tidak, kita telah mempratikkan konsep ini dirumah agar sentiasa kemas setiap masa untuk keselesaan hidup atau ketika ada tetamu yang akan berkunjung kerumah dan bertambahlah kerajinan mengemas dan mengatur ketika ketibaan musim perayaan.



Persoalannya mengapa kita tiba – tiba membeku ketika berada di tempat kerja tanpa menghiraukan suasana persekitaran yang kemas, teratur dan bersih ? Sedangkan persekitaran yang bersih menghasilkan pengedaran udara yang bersih boleh mendatangkan ketenangan dijiwa dan minda serta mampu menghasilkan perlaksanaan yang berkualiti. Sesungguhnya pengemasan dan pengaturan tempat kerja semestinya dijadikan satu amalan pengurusan yang pertama untuk memajukan operasi syarikat. Aktiviti – aktiviti 5S adalah bertujuan untuk mengubah pemikiran dan perlakuan kita secara berkualiti. Secara ringkas, kebersihan diri menunjukkan kualiti jati diri dan ianya adalah salah satu dari asas pengurusan yang bermula dari diri kita sendiri.



Kegiatan 5S adalah asas pengurusan dan salah satu dari teknik pentadbiran atau pengurusan. Ianya mudah dan merupakan asas pentign di dalam pencapaian dan perlaksanaan sistem – sistem kualiti yang sediaada seperti Sistem Pengurusan ISO dan sebagainya. Konsep kegiatan 5S adalah amat ringkas pengertiannya, banyak kebaikan dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja serta senang dilaksanakan disemua jenis perniagaan, tempat kerja, jabatan dan sebagainya.


Dipetik dari' Pengurusan 5s Untuk Semua' oleh Capt Muhd Ismail Mohd Noor

Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan melalui teladan

Penambahbaikan Diri Untuk Kerjaya & Syarikat

PEMBENTUKAN SEMANGAT BERPASUKAN